Hati Yang Merindu



Dalam rintihan malam memeluk,
Air mata berlari deras di lubuk mata,
Hati terkurung di sangkar dosa,
Dirantai ketat oleh maksiat,
Memasak roh di jurang kecewa.

Biar rendah tangan kerdil menggapai,
Tadahlah seluasnya ke muka langit,
Biar awan tangisi luka,
Biar hujan mencuci nista,
Biar angin merintih hiba.

Hati yang telah lesu dan mati,
Kekeringan dan kekontangan,
Merindui datangnya angin perjuangan,
Meniup awan-awan kebenaran,
Menghujani jiwa dengan hakikat ketaqwaan. 

Cairo 6 Jan 2010, 2359.

 p/s: Exam End Round ENT 12 Januari..Jom Study~

 

Comments

nirhamna said…
Subhanallah.

Sangat mendalam bait-baitnya.

Popular posts from this blog

Sekitar Blood Drive For Gaza

Selepas Setahun..

Kemaafan