Pemerhati

Sunday, June 13, 2010

Sebuah Cerita Silam Untuk Kenangan Di Masa Hadapan


Tahun 2003, baru sebulan berpindah ke KISAS.

Kebetulan masa tu ada cuti kelahiran Sultan Selangor jadi satu selangor cuti selama tiga hari, campur hari Sabtu dan Ahad. Jadi aku rasa macam sangat-sangat nak balik ke Pulau Pinang. Selalunya cuti 3 hari aku tak pernah balik tapi kali ini UITM nak bagi hadiah RM 500 kerana cemerlang dalam perperiksaan PMR. Jumlah itu merupakan nilai yang amat banyak bagi aku masa tu jadi aku pun berpakatlah dengan dua orang lagi kawan aku iaitu Ahmad Hafiz (Mat Pet) dan Ubaid untuk berjumpa dengan Ustaz Kamal Mahdi nak minta izin balik ke Pulau Pinang.

Aku kenal Ubaid semasa kem kecemerlangan PMR di Pulau Pinang, Matpet pula aku kenal sejak dari tingkatan 1 di SMKANT. Kami semua berjumpa kembali di KISAS selepas PMR. Dunia ni kecik betul. Berbalik kepada cerita tadi. kami pun berjumpa dengan warden selepas solat Jumaat nak minta izin balik tapi malangnya permintaan kami ditolak dan sebarang alasan dan pujuk rayu langsung tak dilayan .Maka pulanglah kami ke asrama dengan bermuram durja.

Dalam ketensenan itu tiba-tiba Ubaid dapat satu idea,

"Apa kata kita fly ja balik penang" kata Ubaid.

Aku tercengang juga dengar cadangan tu sebab aku sebelum ni di SMKANT memang tak pernah fly(outing tanpa kebenaran).Tapi aku taula fly tu benda apa.

" Err, takpa ka fly?,, aku tak pernah fly sebelum ni..kang ustaz tau kang habih kita" balas aku.

"Takpa ja, aku dah selalu fly masa Di Al-Mashoor, takdak masalah aih, tak pernah kantoi dengan ustaz pon" Seloroh Ubaid.

Jadi dengan penjelasan itu aku pun berasa lebih yakin untuk melakukan jenayah fly yang pertama kali dalam sejarah persekolahan. Rasa macam dah otai pulak. Tapi Mat Pet masih tak yakin, dia tak sedap hati..dia pun di SMKANT tak pernah fly (ke dah pernah? hehe)

"um, aku pikiaq dulula benda ni, tak tau lagi nak ikut hangpa ka dak, kalau jadi nanti aku habaq" jawab Mat Pet.

Akhirnya Mat Pet memang taknak ikut kami. Aku dan Ubaid dengan penuh rasa konfiden terus ambil bas pergi ke Klang dan beli tiket untuk balik ke Penang naik bas.

Tapi, perjalanan kami ke Penang memang jauh dari lancar. Aku dan Ubaid hampir-hampir ketinggalan bas di Klang. Sekali lagi kami kami ketinggalan bas di Perak semasa berhenti untuk Solat Maghrib. Jenuh kami berlari menjerit-jerit suruh bas berhenti di atas jalanraya, nasib baik driver perasan dan berhenti, kalau tak naya ja kena tinggal kat cerok mana pun tak tau.

Alhamdulillah, akhirnya kami pun sampai juga di Pulau Pinang, aku dapat jumpa famili aku, dapat duit RM 500 (wohoo) dan Ubaid..aku tak tau dia buat apa di pulau tapi aku harap berbaloi dengan risiko yang telah diambil.

Tapi malang sungguh, malam sebelum kami balik ke KISAS ustaz Kamal Mahdi buat spot-check di surau. Nampaknya tuah Ubaid berkahir di sini, tak sempat aku nak merasa. Maka kantoilah kami dan kami berdua serta beberapa lagi pelajar lain yang fly diumumkan nama di perhimpunan pagi di dewan terbuka. Nasib baik bukan di dewan besar kalau tidak lagi malu woo.

Setelah kami semua berkumpul seperti PATI yang kantoi dengan imigresen, Ustaz Kamal pun datang dan berkata,

"Hah, siape nak bagi penjelasan dulu?"


Aku pun pandang ke kiri dan ke kanan, aku pandang Ubaid, dia pandang aku balik, takde sape nak mula dulu jadi aku pun pergilah ke depan menghadap Ustaz Kamal kerana aku rasa aku ada alasan yang sangat baik dan masa tu aku belum kenal lagi stail Ustaz Kamal.

Aku pun mula membuka mulut.."saya...."

PAAAANNNNNNGGGGG! Satu pelempang hinggap di muka aku...I never see that coming! berpinar-pinar otak aku...Kebetulan kawan-kawan sekelas aku lalu  di tepi dewan untuk pergi ke makmal fizik dan mereka pun nampaklah pelempang epik Ustaz Kamal singgah di pipi aku..Epic Fail. Maka terciptalah rekod pelajar paling junior dan paling awal kena lempang dengan Ustaz Kamal...iaitu aku.

" Adeh...saya minta maaf ustaz, lain kali saya tak buat lagi"..nada sesal aku..

"Kamu ni, kan saya dah cakap jangan balik haritu,kenapa degil sangat?" lalu di menuding jari ke arah Ubaid. " Kamu mari sini!".

"Saya minta maaf ustaz" kata Ubaid sambil membuka kaca mata setelah melihat apa yang menimpa aku..Pelempang yang sama juga hinggap di muka  dia..samalah juga dengan orang lain.

Itulah kali pertama dan terakhir aku fly..dan kali terakhir bagi Ubaid.Selepas itu kami berjumpa dengan Mat pet di asrama,

" Fuh, nasib baik aku tak ikut fly sekali dengan hangpa" dan kami pun sama-sama ketawa...

Bulan 7 tahun yang sama...aku dan Ubaid telah terpilih manjadi pengawas dan Mat Pet pula menjadi ketua batch semasa kami tingkatan lima.

tu cerita 6 tahun dulu...

Sekarang..

Ubaid telah pun berbahagia bersama isterinya dan sedang menuntut dalam jurusan Ilmu Wahyu di UIA...

Photo credit to Hafiz Pauzi.

Mat Pet juga sudah berbahagia bersama isterinya Nor Zyla yang juga merupakan kawan sekelas di SMKANT dulu. Dia sekarang sedang menuntut dalam jurusan Sains Politik di USM Pulau Pinang.

 Photo Credit to Azree Jawa



Aku....

masih lagi solo, dan sedang berusaha memorize fakta-fakta perubatan demi masa depan diri keluarga dan ummah..




Sesungguhnya pengalaman suka dan duka,
Yang kita lalui bersama,
Mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita,
Moga persahabatan ini lestari selamanya...

15 comments:

cRoNoZ said...

Rileks farid.. kasi org lain jalan dulu. Ahli usrah (aku ngan azree) kite pun bujang2 lagi. hehe

ubaidakla said...

insyaALLAH...bab kena pelempang, bukan sekali ja aku kena, ada lg sekali...tp kisah dgn orang lainla...takpla...jd KENANGAN...hehehe...

mjhidayah said...

farid...best la cite hang ni..aku pun ada buat benda jahat gak kat kisas dulu.huhuhuh...

soal jodoh, aku doakan hang ketemu nanti jodoh yang baik, sempurna dan solehah.semoga allah mudahkan urusan hang di sana.

all the best ye!

Azree Hanifiah said...

Taqi, apa kes masukkan nama aku gak.... Haha... Aku sorang je betul2 bujang... Hangpa semua dah ada calon kan?

fathiyyah said...

hehe, best~ :)

Mehmed Aimi said...

pergghh!!..giler ganas ust Kamal...

Farid Nazmi said...

Cronoz: Rileks..tapi rasa tua~

ubaid:haa balik ni hg kna crita kat aku.hehe

hidayah: besalah, budak2 lg masa tu. ameen :)

azree: um, aku dak calon lg.serius.

fathiyyah: kisas..memang best

mukmin: ganas2 pun tp penyayang..utk kebaikan kami juge~

syuhadah dzarawi said...

salam farid^^
post ni buat saya geLak tak berhenti~ hehe, tapi thx, cerita y menarik!!

em.. tak pernah tau pon fLy tu apa sbb ta penah masuk asrama sblum masuk kisas. tp pernah la try skali, n mmg SYOK habis^^ kat kisas benda pLg jahat sy buat bkn fly tapi lebih dari tu. apepun, semua tu memori~~,

jd doktor y baik na..~~!

...NW... said...

salam...
suka baca cerita ni..
sweet je.. ^_^

Mr. Learner said...

Jangan rasa terpaksa untuk jadi solo.

Pilih untuk jadi solo. Atau jika sudah OK semuanya, pilih untuk tidak lagi solo.

Keterpaksaan selalu mengundang bencana.
Redha biasanya menajamkan akal untuk berfikir dan memilih...

Akal yang tajam akan menghuraikan 'expectation' kita yang daripada seorang isteri;
Memilih seorang menjadi isteri juga bermaksud kita redha dengan segala kelemahannya dan kelebihannya, sebagai pelengkap kita.

Moga kau ketemu jodoh yang akan selalu membawamu kepada Tuhan. Amin.

Farid Nazmi said...

Syuhadah: terima kasih berkunjung, xpe at least ada pengalaman fly.hehe. Insya Allah :)

NW: Terima kasih kerana memberikan komen :)

Izwan: Terima kasih atas nasihat, point sebenar kisah ini adalah persahabatan dan kepelbagaian manusia..bab solo dan menikah tu hanya satu point sampingan.hehe.
Situasi masih tidak mengizinkan, masih banyak perlu dibuktikan..jadi paksalah diri menjadi solo~

SaAd_AdAh said...

hehehe
awat ak xnmpk pn ang kena lempang..

sure one of the best memory of yours..
anyway i enjoyed the story..

Farid Nazmi said...

yang penting,dlm moment ditampar tu..aku nmpak hgpa..hhe

they are indeed...

As said...

heyp nazmi
cite zaman sekolah macam2, la ni sume da besaq da jadi orang, kadang tak sangka after 6-7 years, camni kita transform :)
all the best, fren.

Farid Nazmi said...

As...semoga transformasi kita menuju ke arah kebaikan dan kecemerlangan~

May you got what you wished :)