Posts

Showing posts from December, 2008

Untukmu Pejuang

Image
Buat saudaraku di Gaza..Palestin Sangka mereka Tebalnya besi kereta kebal Lebarnya sayap jet Bajanya Jaket kevlar Kilatnya desingan peluru Gementar dentum mortar dan peluru serak Kerasnya tangan-tangan zalim, mereka akan hidup selama-lamanya Mereka dapat merenggut Keberanian dari jiwa pejuang sejati... Betapa besarnya kesilapan mereka!!! Jiwa pejuang itu Walau dimiliki tubuh yang kecil dan longlai Hatta tubuh itu kaku! Takkan goyah! Dalam diri pejuang Terpacak satu janji, Yang kemenangan itu PASTI! Tidak mungkin TUHAN memungkiri, Sesungguhnya tipu daya mereka hanya sementara, Hingga akhir usia, Hingga luluh jasad tersiksa.. Sementara cuma.. Sesungguhnya KUFFAR itu TAKUT MATI, Berlindung di sebalik tembok, Menikus di dalam keranda besi, Bernaung di bawah pemeras ummah, Ya...dan ummah tetap berdiam, Kerana dunia telah menipu.. Kerana nafsu telah menguasai KUFFAR berperang untuk HIDUP, PEJUANG berperang untuk SYAHID! Sabarlah wahai saudaraku.. Sabar dalam solat dan doamu, Sabarmu dalam so