Pemerhati

Tuesday, March 17, 2009

Kajian Situasi

Situasi Mesir

Belajar perubatan..dalam kuliah bahasa arab..tetapi buku dan ujian dalam bahasa inggeris. Pelik..kenapa buku bahasa Inggeris tapi dalam kuliah belajar dengan bahasa arab? Bukankan itu akan menyusahkan pelajar? Kemudian barulah tahu..bahawa majoriti pelajar-pelajar arab tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Pernah seorang senior bertanya kepada pensyarah.."Why dont you teach medicine in English?".Dan pensyarah itu menjawab.."Ooo, I cannot do that, If I teach in English, the students will die!". Sudah menjadi resam, pensyarah yang menggunakan banyak bahasa inggeris akan diboikot, maka dewan yang disediakan untuk 300 orang cuma ada 3 orang sahaja yang hadir, sedangkan dewan kuliah lain sesak macam tin sardin. Maka saya yang tidak mahir berbahasa arab ini terkial-kial memahami. Nasib baik buku teks dalam bahasa inggeris, yang dikarang sendiri oleh doktor universiti..jadi apa yg diceritakan di hadapan tidak banyak bezanya dengan yang di dalam buku..dan Alhamdulillah..penguasaan terhadap bahasa arab lebih baik sekarang.Penguasaan dalam bahasa Inggeris juga semakin baik, kerana mengulangkaji dalam bahasa Inggeris, dan banyak juga membaca buku-buku sastera inggeris. Pelajar-pelajar arab ini boleh sahaja berbahasa Inggeris, ada yang fasih, tetapi mereka lebih suka berbahasa arab. Banyak buku-buku akademik yang ditulis oleh professor arab dalam bahasa Inggeris. Mungkin pelajar-pelajar perubatan Malaysia kenal dengan buku anatomi tulisan Fawzi Gaballah dan Sameh Doss? Lebih baik dari yang orang putih tulis..bagi saya.


Situasi Jepun

Belajar kejuruteraan..kuliah dalam bahasa Jepun.Buku pun dalam bahasa Jepun. Sehingga pensyarah Kejuruteraan Elektrik Jepun datang Malaysia mengajar pun dalam bahasa Jepun. Jadi pelajar-pelajar Malaysia mesti belajar bahasa Jepun dahulu sebelum menuntut. Teringat kisah pensyarah saya sewaktu di matrikulasi dahulu.waktu itu dia adalah pelajar wanita pertama mengambil jurusan kejuruteraan elektrik dan belajar di Universiti Malaya barangkali..sudah lupa. Setiap kali selepas habis mengajar, pensyarah yang diimport dari Jepun itu akan bertanya 'Wakarimaska?'(adakah kamu faham?) maka pelajar2 semua melopong..dan pensyarah itu ketawa..ketawakan anak-anak muridnya yang tidak faham..Pun begitu kita lihat sekarang Jepun ialah satu bangsa yang sangat maju..setanding dengan negara-negara barat. Di setiap rumah di Malaysia pasti ada sekurang-kurangnya satu barangan buatan Jepun dari pen sehinggalah ke televisyen. Ramai yang suka menonton drama Jepun sehingga mahir berbahasa Jepun. Apa yang unik di sini, mereka mampu mencapai kemajuan dan taraf pendidikan yang tinggi tanpa mengorbankan nilai kebudayaan dan bahasa mereka.


Situasi Dubai

Bandar arab yang sudah didominasi bahasa Inggeris..anda boleh hidup di sana tanpa tahu bahasa Arab pun..kerana semua urusan dibuat dalam bahasa Inggeris. Orang-orang mudanya ada yang tidak tahu berbahasa Arab walaupun mereka berbangsa Arab. Pun begitu mereka masih tidak maju, hanya harapkan duit minyak yang bertimbun, tenaga kerja asing yang membina bangunan-bangunan tinggi kebanggan mereka. bangga dengan kekayaan mereka yang dikorek dan dirompak orang asing, mereka leka dan alpa, sedang budaya dan bahasa mereka semakin terhakis..


Pendapat saya..

Bahasa bukan masalah, bahasa hanya satu medium penyampaian. Yang penting ialah budaya kajian dan sifat ingin tahu yang perlu dipupuk kepada setiap minda.Andai sesuatu bangsa itu fasih dalam 10 bahasa sekalipun, tanpa sikap ingin tahu, tanpa sikap ingin mengkaji, mereka tetap tidak akan maju.Adakah dgn sekadar menukar bahasa pengajaran,tambahan lagi mengorbankan jatidiri bangsa itu.sikap ingin tahu itu dapat dipupuk?atau ia hanya umpama mencantas ranting dr masalah pokok yang lebih besar?fikirkanlah.

Apa pendapat anda?

Tuesday, March 3, 2009

Hujan

Aku mencintai
Hujan itu
Turunnya suci bersinar
Segar menimpa jasad
Menggamit memori
Renungan hati
Tenang dalam diri

Ku melangkah
Meredah rintikan
Kabus pandangan
Angin sejuk berhembus
Selembut belaian
Membuka hati
Sedari rahmat Ilahi

Turunnya hujan
Menyingkap kesucian
Pada debu dan kotor
Tiada lagi asap hitam
Tebal menyumbat paru
Menyingkap kenangan
Muhasabah abid pada Tuhan

Aku berjalan
Di dalam hujan
Lalu aku dongak
Memandang awan
Betapa aku sedari
Hujan itu aku cintai...

Mac 2009, Kaherah, 0150