Posts

Showing posts from June, 2010

Sebuah Cerita Silam Untuk Kenangan Di Masa Hadapan

Image
Tahun 2003, baru sebulan berpindah ke KISAS. Kebetulan masa tu ada cuti kelahiran Sultan Selangor jadi satu selangor cuti selama tiga hari, campur hari Sabtu dan Ahad. Jadi aku rasa macam sangat-sangat nak balik ke Pulau Pinang. Selalunya cuti 3 hari aku tak pernah balik tapi kali ini UITM nak bagi hadiah RM 500 kerana cemerlang dalam perperiksaan PMR. Jumlah itu merupakan nilai yang amat banyak bagi aku masa tu jadi aku pun berpakatlah dengan dua orang lagi kawan aku iaitu Ahmad Hafiz (Mat Pet) dan Ubaid untuk berjumpa dengan Ustaz Kamal Mahdi nak minta izin balik ke Pulau Pinang. Aku kenal Ubaid semasa kem kecemerlangan PMR di Pulau Pinang, Matpet pula aku kenal sejak dari tingkatan 1 di SMKANT. Kami semua berjumpa kembali di KISAS selepas PMR. Dunia ni kecik betul. Berbalik kepada cerita tadi. kami pun berjumpa dengan warden selepas solat Jumaat nak minta izin balik tapi malangnya permintaan kami ditolak dan sebarang alasan dan pujuk rayu langsung tak dilayan .Maka pulanglah ka

Wallpaper?

Image
Cubaan pertama membuat wallpaper. Masih belum cekap dalam skill post-processing. Sebarang pendapat dan feedback amat dihargai :)