Pemerhati

Friday, April 17, 2009

Demi Cita



masa yang semakin menghimpit
jiwa yang semakin menjerit
buku yang semakin menimbun
otak yang semakin diruntun

lembaran diselak lemah
tulisan dibaca payah
mahu diingat amat susah
halangan jerih dilangkah

namun kugagahi jua
demi sebuah cita
demi secebis gembira
demi kurnia redha

Kerana kutahu
perjuangan in bukan untukku
ummah ini perlukan aku
yang tak tersungkur lesu
pada tebalnya sebuah buku


Fatrah Imtihan,April 2009,1833

p/s:Syukran kpd madsha sudi jadi model. http://madsha88.blogspot.com