Posts

Showing posts from September, 2010

Terus Berlari

Image
Hari berganti hari, Terasa letih berlari, Mengejar impian dan mimpi, Yang terpahat di sanubari. Terkadang tak dapat daku membeza, Antara nafsu dan cita, Lalu sesat hilang punca, Tak tahu arah, tak tahu hala. Lalu aku kecundang, Tersungkur ke dalam lubang, Semangat makin berkurang, Makin jauh, makin menghilang. Tapi tetap Kau menghulur tangan, Menyambut aku, erat pegangan, Tak mahu terus kehilangan, Menyelamatkan seorang insan. Lalu aku berdiri dan terus berlari lagi, Berlari bersama Kau di sisi, Mengejar cita dan mimpi, Dan kini..aku tidak keseorangan lagi... Kerana Kau sentiasa di sini.. Tersemat di dalam hati.. Cairo

Kisah Pemandu Teksi

Image
               Sebuah teksi meluncur di atas jalanraya, menuju ke Carrefour Maadi. Jalanraya tidaklah sesibuk selalu, mungkin kerana waktu itu baru pukul satu tengahari, belum sampai waktu bersesak-sesak di atas jalanraya bagi penduduk Mesir. 4 manusia sedang duduk memerhati persekitaran dari tingkap teksi, sambil wajah diterpa angin bagi menyejukkan badan yang kepanasan dan kelaparan di bulan Ramadhan ini. "Kamu semua pergi ke Carrefour mahu beli barang, kemudian mahu berbuka puasa di sana?" tanya pemandu teksi. Seorang belia arab sekitar akhir dua puluhan, berambut kerinting dan badan yang sedang-sedang sahaja. " Ya, ada barang yang mahu dibeli, dan kemudian mahu berbuka puasa di sana. Kamu pula berbuka puasa di mana?" Jawab Najmi, yang duduk disebelah memandu, sekadar mahu mengembangkan perbualan. "Oh, aku sebenarnya tidak puasa pada hari ini. Haha" selorohnya sambil menuding ke arah botol air sabil yang terletak di sisi kakinya. Dua lagi penumpang