Posts

Showing posts from March, 2010

A Year Older..And None The Wiser

Image
Peristiwa 1 Ketika mengiringi adik yang baru lahir dari operation theater ke ke neonatal ward...adik yang nombor lima (darjah lima) ikut sekali.. Semasa dalam lif, jururawat yang mengiringi aku bertanya, Nurse:Tahniah, ni anak encik yang nombor dua ke? Aku: ???? Peristiwa 2 Oleh sebab ayah aku sibuk jadi aku terpaksa menggantikan ayah aku menghadiri menyuarat PIBG sekolah adik aku..jadi lepas parking motor aku depan sekolah aku pun nak masuklah tapi kena tahan pula dengan guru besar. Guru Besar: Encik ni datang nak ambil anak balik ke? Aku:???? Peristiwa 3 Hobi aku di Malaysia waktu malam ialah bawa adik-adik aku makan char koey teow di Pokok Sena. Satu malam tu aku datang seorang diri jadi makcik tauke tu pun pelikla dan tanya aku   Makcik Koey Teow: Aik abang, datang sorang je malam ni.. tak bawa anak ke? Aku:???? Peristiwa 4 Setiap kali jumpa dengan rakan-rakan lama yang memang dah lama gila tak jumpa...soalan klise yang wajib ditanya ialah " Hang

Pesanan Dr Baihaqi Azraii

Image
Semasa kepulangan saya ke Malaysia tempoh hari, saya berpeluang bertemu dengan Dr Baihaqi Azraii. Beliau adalah seorang senior yg menuntut di Universiti Ain Shams dan telah mendapat ijazah kedoktorannya pada tahun 2007. Kini beliau bekerja di Hospital Kuala Lumpur dan akan menamatkan housemanship nya pada bulan 11 ini. Jika dahulu saya pernah menemuramah Dr Farah Yasmin tentang pengalamannya bekerja di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, kali ini kita berkongsi maklumat pula dengan seorang doktor yang bekerja di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia. Ternyata pertemuan kami di Starbucks KL sentral penuh dengan pesanan dan perkongsian yang berfaedah. Kebetulan beliau bercuti pada hari itu. Berikut adalah beberapa pesanan beliau. Perlu diingatkan yang ini adalah rumusan saya sendiri dan bukan 'direct quotation' daripada beliau, kerana saya tidak menyalin, dan tidak merekod perbualan ini. Ini hanya perkongsian santai antara seorang abang dan adik, mentor dan mentee, dokt