Posts

Showing posts from February, 2010

Mengubah Dan Berubah

Image
Peristiwa 1 Aliff sedang leka menonton movie di rumah kawan baiknya Bazli sedangkan peperiksaan sudah semakin hampir. Bazli sangat risau dengan sahabatnya, dan dia mula rasa terganggu kerana movie yang ditonton itu di biliknya. Ketika itu mereka berdua sahaja dalam bilik. Orang lain pun sibuk study tak keluar-keluar dari bilik.Yela, kalau nak tonton pun tontonlah di rumah sendiri ye dak? Bazli pun nak study juga. Setelah menarik nafas seketika di pun mula mencari idea bagaimana hendak menegur Aliff , lalu dia pun membuka mulut, " Ni Aliff cuba ko berenti jap tengok movie tu dan dengar apa aku nak cakap kejap". Maka Aliff pun mem"pause"kan movie Chippendales yang ditontonnya dan matanya terkebil-kebil memandang muka Bazli. " Ko dengar sini baik-baik, ko tahu kan exam dah dekat yang ko tak study tu kenape? aku bleh respek orang yang study rajin gila babas tapi takde rezeki nak lulus, sekurang-kurangnya dia telah berusaha sedaya upaya dia..tapi kalau orang

Terima Kasih

Image
Diambil dari facebook Kak Aniah Setelah hampir 5 tahun bersama ingin kuucapkan terima kasih tak terhingga : Dr Hamdan: Senior dari KISAS tapi kenal di Mesir. Seorang yang sentiasa tenang tapi tegas, the "zen master of calm". Banyak memberi tunjuk ajar baik dari segi ilmu perubatan dan agama. Sepakan bola beliau sangat kencang sehingga keeper sanggup elak bola biar masuk gol daripada tahan (antaranya saya). Dr Akmal Huzaifah: Orang Kelantan yang cakapnya mendalam maksud. Blog beliau penuh sastera berserta dengan gambar-gambar mengujakan hasil pengembaraan. Boleh dilayari di http://petaijeruk.blogspot.com Dr Husmar Israq: Senior yang sangat ramah, sangat ambil berat perihal saudara dan sangat menjaga adab. Tahniah atas pernikahannya dengan Dr Naimah Zakaria baru-baru ini. Semoga menjadi suami dan doktor yang cemerlang. Dr Iqbal Munawwir: Senior dari KISAS juga, yang tak pernah lokek dengan ilmu, setiap pertanyaan dijawab dengan jelas dan tuntas. Buku didakap dan di

Sebuah Kelahiran

Image
Ahmad Wafi Najhan Bin Ahmad Shukri 25 Januari 2010 Semoga menjadi anak yang soleh, Semoga menjadi mukmin sejati, Semoga menjadi pejuang pembela Islam, Semoga menjadi hamba Allah dalam setiap erti kata. Ya Allah, Berkatilah anak ini, Dan lindungilah dia dari godaan syaitan. Semoga aku juga dapat menjadi abang, Yang dapat memberi contoh dan semangat yang baik buat adik-adikku. Amin Ya Rabbal Alamin