Pemerhati

Tuesday, February 9, 2010

Mengubah Dan Berubah


Peristiwa 1

Aliff sedang leka menonton movie di rumah kawan baiknya Bazli sedangkan peperiksaan sudah semakin hampir. Bazli sangat risau dengan sahabatnya, dan dia mula rasa terganggu kerana movie yang ditonton itu di biliknya. Ketika itu mereka berdua sahaja dalam bilik. Orang lain pun sibuk study tak keluar-keluar dari bilik.Yela, kalau nak tonton pun tontonlah di rumah sendiri ye dak? Bazli pun nak study juga. Setelah menarik nafas seketika di pun mula mencari idea bagaimana hendak menegur Aliff , lalu dia pun membuka mulut,

" Ni Aliff cuba ko berenti jap tengok movie tu dan dengar apa aku nak cakap kejap". Maka Aliff pun mem"pause"kan movie Chippendales yang ditontonnya dan matanya terkebil-kebil memandang muka Bazli.

" Ko dengar sini baik-baik, ko tahu kan exam dah dekat yang ko tak study tu kenape? aku bleh respek orang yang study rajin gila babas tapi takde rezeki nak lulus, sekurang-kurangnya dia telah berusaha sedaya upaya dia..tapi kalau orang tu kantoi exam sebab tak usaha langsung memang padan dengan muka dia. Ko tahu apa perkataan selayaknya terhadap orang-orang macam tu?

Aliff menggeleng kepala..dia tahu itu soalan retorik dan dia mula sudah tak senang duduk.

"Meh aku nak gitau kat ko. perkataan selayaknya ialah SAMPAH!!! Ko tau sampah dalam tong sampah tu? Tula selayaknya bagi orang yang malas berusaha ni!."

Pendek sahaja teguran itu tapi sudah dapat menggoncang hati Aliff. Maka dia pun tanpa berlengah lagi dengan hati panas terus keluar dari bilik Bazli dan pulang kerumah. Aliff hanya memerhatikan sahaja. Di rumah, hatinya masih membara memikirkankata-kata sahabatnya. Selama seminggu juga dia terasa hati tak mahu bersua muka dengan Bazli. Tetapi setelah seminggu dia terasa hati dia mula rindu akan sahabatnya, teringat Bazli yang memberi nasihat daripada dahulu tanpa jemu, yang tidak lokek ilmu sanggup buat kelas khas untuk dia seorang yang agak bengap dalam Biochemistry. Aliff insaf, dia pun kembali bermaaf-maafan dengan Bazli. Bazli pun tak bajet yang sahabatnya ini boleh terasa hati sampai seminggu dan dia pun meminta maaf kerana dia telah melukakan hati Aliff tanpa sedar.

Selepas itu Aliff lebih rajin study dan Bazli sentiasa menawarkan pertolongannya andai Alff tidak faham. Berjayalah mereka berdua bersama-sama.

Peristiwa 2

Seorang senior yang risau akan kegagalan junior-juniornya. Tiba-tiba merasa peduli dan mebuat satu blog post menegur mereka-mereka yang gagal ini. Artikel itu yang perenggan pertamanya dimulai dengan ayat-ayat yang baik mula berubah kasar dan lebih kasar perenggan demi perenggan. Perkataan bangang, bodoh, dan pelbagai lagi perkataan kesat menghiasi artikel itu.

Malah, walaupun tidak disebut nama, cerita-cerita yang dia dengar dari orang berkenaan orang-orang yang gagal ini dimuatkan juga dalam artikel itu. Orang-orang yang membaca post itu pun berkata,

"Eh, ni bukan cakap pasal mamat ni ke ? , Eh ni bukan cakap pasal minah ni ke ?".

Apabila ditanya dalam komen, dia memberi jawapan,

" Aku cakap ni secara general aje, manalah aku nak pegi check kat rumah sorang-sorang diorang buat ape kat rumah".

Apabila ditegur tentang bahasanya dia menjawab,

" Takpe korang nak benci aku pun asalkan dengan sebab korang benci aku korang boleh berubah"

Thank you so much "Mr. Magnanimous"


Konklusi

Kedua-dua situasi atas menggunakan bahasa kasar, tetapi apakah perbezaannya?

Berkatalah kebenaran walaupun pahit tidak semestinya tertakluk kepada orang yang ditegur. Juga mesti tertakluk kepada orang yang menegur. Mereka yang biadap dalam menyampaikan kebenaran sebenarnya mengambil jalan sigkat. Nak biadap mudah nak berhikmah yang susah. Rasulullah s.a.w sebagai contoh terbaik pun tidak pernah mengambil jalan sigkat dalam menyampaikan risalah baginda sehingga bermandi air mata darah. Andai baginda menggunakan cara kasar menyampaikan risalah baginda adakah terbuka hati penduduk nusantara yang bersifat lemah lembut ini untuk menerima? Jadi jangan salahkan mad'3u sahaja apabila dakwah tidak diterima cuba tengok cermin perhatikan diri dahulu.Telah banyak contoh orang-orang yang menggunakan kekasaran dalam menyampaikan pendapat, nasihat, kebenaran. Lihat saja Aduka Taruna, Si Bom Petrol Facebook, dan banyak lagi..lebih banyak mudarat dari manfaat yang cuma beberapa kerat.

Memalukan dan menjatuhkan air muka mad3u di khalayak ramai? Fikirlah sendiri.

Bolehkah berubah dengan membenci orang? (Plot movie selalunya) Kalau boleh kekalkah perubahan itu? Kalau berubah betulkah niatnya? Mungkin terlalu banyak menonton movie dan mengambil House MD sebagai idola dalam contoh P.R timbullah trend tiada adab ini. Entah di mana adabnya memanggil doktor yang mengajar kita "IDIOT" dalam menegur kesilapannya. Entah di mana adabnya memaki-hamun doktor yang mengajar kita oleh sebab silap bagi 'muqarrar' untuk exam final menyebabkan kita yang rajin study gila babas ni tak boleh nak score.

Post ini bukan post excuse, post ini bukan post balas,

Post ini ialah teguran..buat diriku dan dirimu.

4 comments:

Mehmed Aimi said...

kesimpulan yg plg mudah...matlamat x mghalalkan cara....

Mohd Zulhilmi Bin Azelan said...

"… para pendakwah yang mahir mesti berpegang teguh dengan syiar ini iaitu; Masa Adalah Sebahagian Dari Rawatan…"
Imam Syahid Hasan al-Banna

Farid Nazmi said...

Mukmin : yeap, nak buat baik tapi cara salah, samalah mcm merompak orang kaya untuk tolong orang miskin

Zulhilmi:Orang dalam situasi kedua, mahu keputusan segera, tidak mahu bersabar mengikut adat masa, nak merubah hati orang tapi tergesa-gesa. mungkinkah ada udang di sebalik tulisan 'mala fide' itu?

Wallahu A3lam

EN. LEARNER said...

Teruskan berusaha dan berdoa.

"Thousands(million?) of efforts - oceans of tears - consistency of prayers/spiritual enhancement.."

those are among the determinants of success. Never give up!