Kajian Situasi

Situasi Mesir

Belajar perubatan..dalam kuliah bahasa arab..tetapi buku dan ujian dalam bahasa inggeris. Pelik..kenapa buku bahasa Inggeris tapi dalam kuliah belajar dengan bahasa arab? Bukankan itu akan menyusahkan pelajar? Kemudian barulah tahu..bahawa majoriti pelajar-pelajar arab tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Pernah seorang senior bertanya kepada pensyarah.."Why dont you teach medicine in English?".Dan pensyarah itu menjawab.."Ooo, I cannot do that, If I teach in English, the students will die!". Sudah menjadi resam, pensyarah yang menggunakan banyak bahasa inggeris akan diboikot, maka dewan yang disediakan untuk 300 orang cuma ada 3 orang sahaja yang hadir, sedangkan dewan kuliah lain sesak macam tin sardin. Maka saya yang tidak mahir berbahasa arab ini terkial-kial memahami. Nasib baik buku teks dalam bahasa inggeris, yang dikarang sendiri oleh doktor universiti..jadi apa yg diceritakan di hadapan tidak banyak bezanya dengan yang di dalam buku..dan Alhamdulillah..penguasaan terhadap bahasa arab lebih baik sekarang.Penguasaan dalam bahasa Inggeris juga semakin baik, kerana mengulangkaji dalam bahasa Inggeris, dan banyak juga membaca buku-buku sastera inggeris. Pelajar-pelajar arab ini boleh sahaja berbahasa Inggeris, ada yang fasih, tetapi mereka lebih suka berbahasa arab. Banyak buku-buku akademik yang ditulis oleh professor arab dalam bahasa Inggeris. Mungkin pelajar-pelajar perubatan Malaysia kenal dengan buku anatomi tulisan Fawzi Gaballah dan Sameh Doss? Lebih baik dari yang orang putih tulis..bagi saya.


Situasi Jepun

Belajar kejuruteraan..kuliah dalam bahasa Jepun.Buku pun dalam bahasa Jepun. Sehingga pensyarah Kejuruteraan Elektrik Jepun datang Malaysia mengajar pun dalam bahasa Jepun. Jadi pelajar-pelajar Malaysia mesti belajar bahasa Jepun dahulu sebelum menuntut. Teringat kisah pensyarah saya sewaktu di matrikulasi dahulu.waktu itu dia adalah pelajar wanita pertama mengambil jurusan kejuruteraan elektrik dan belajar di Universiti Malaya barangkali..sudah lupa. Setiap kali selepas habis mengajar, pensyarah yang diimport dari Jepun itu akan bertanya 'Wakarimaska?'(adakah kamu faham?) maka pelajar2 semua melopong..dan pensyarah itu ketawa..ketawakan anak-anak muridnya yang tidak faham..Pun begitu kita lihat sekarang Jepun ialah satu bangsa yang sangat maju..setanding dengan negara-negara barat. Di setiap rumah di Malaysia pasti ada sekurang-kurangnya satu barangan buatan Jepun dari pen sehinggalah ke televisyen. Ramai yang suka menonton drama Jepun sehingga mahir berbahasa Jepun. Apa yang unik di sini, mereka mampu mencapai kemajuan dan taraf pendidikan yang tinggi tanpa mengorbankan nilai kebudayaan dan bahasa mereka.


Situasi Dubai

Bandar arab yang sudah didominasi bahasa Inggeris..anda boleh hidup di sana tanpa tahu bahasa Arab pun..kerana semua urusan dibuat dalam bahasa Inggeris. Orang-orang mudanya ada yang tidak tahu berbahasa Arab walaupun mereka berbangsa Arab. Pun begitu mereka masih tidak maju, hanya harapkan duit minyak yang bertimbun, tenaga kerja asing yang membina bangunan-bangunan tinggi kebanggan mereka. bangga dengan kekayaan mereka yang dikorek dan dirompak orang asing, mereka leka dan alpa, sedang budaya dan bahasa mereka semakin terhakis..


Pendapat saya..

Bahasa bukan masalah, bahasa hanya satu medium penyampaian. Yang penting ialah budaya kajian dan sifat ingin tahu yang perlu dipupuk kepada setiap minda.Andai sesuatu bangsa itu fasih dalam 10 bahasa sekalipun, tanpa sikap ingin tahu, tanpa sikap ingin mengkaji, mereka tetap tidak akan maju.Adakah dgn sekadar menukar bahasa pengajaran,tambahan lagi mengorbankan jatidiri bangsa itu.sikap ingin tahu itu dapat dipupuk?atau ia hanya umpama mencantas ranting dr masalah pokok yang lebih besar?fikirkanlah.

Apa pendapat anda?

Comments

Unknown said…
Dalam bahasa itu sendiri adanya budaya, jati diri, nilai dan ilmu.
Unknown said…
Salam

Dalam situasi yang diberikan tadi,boleh nampak kan?hng sendiri cakap di Dubai,walaupun guna bahasa inggeris,tapi penduduk dia bukan di kalangan yang boleh di iktiraf bijak@seangkatan dengannya(macam dalam tulisan blog tu),itu memainkan peranan yang diorang tak menggunakan bahasa yang suppose diorang gunakan,macam jepun guna bahasa sendiri,arab pun guna bahasa sendiri tapi dubai?tidak..so diorang ke belakang.

Aku tak nampak point yang menggatakan bahasa tu tak memainkan peranan,tapi dari post yang hang bagi tu,lebih kepada point bahasa memainkan peranan,hahaha.

Ini mesti kes PPSMI,actually,banyak jer yang berjaya walaupun tak pernah belajar dalam bahasa inggeris dari darjah satu,yang penting kemahuan dalam diri,dari bahasa datang budaya,dan aku tak nampak orang putih have their own culture,diorang tu cuma penjarah di tempat red indian.
musafirtibbi said…
Ini cuma pendapat mengenai situasi. My stand is..walaupun dengan bahasa Melayu kita mampu berjaya andai sikap ingin maju itu ada.
Farid, tumpang komen ye.
Harap aku x dianak tirikan.hehe

Aku tak kesah sgt.
Ade Con n pro PPSMI ni.
Pandang buruk nampak buruk.
Pandang baik nampak baik.

**********

Ok, lets get things into practices.
Too much theories doesnt seem to work.

Short term mebe ade masalah mcm cgu2 punye penguasaan english dan student luar bandar dgn culture yg "kurang english"...So bleh affect stat result pekse dorg. Tp bg aku tu juz short term nye problem la.

**********

Long term ade pihak yg dakwa boleh tergadai bahasa, budaya dan nilai2 laen. Tp kalo setakat belajar science & math dlm english, aku rase hujah ni tak kuat sgt, walopun kte bandingkan dgn negara2 lain yg amal dan tak amal benda ni. Emosi melebihi rasional di situ. Unless kalo quran sunnah, pendidikan islam & sume subjek laen nak belajar dlm english, tu mmg colonized step la.


Byk causes laen yg nyebabkan budaya2 melayu leh tgadai.. Tambah2 dunia sdg berglobalisasi.

So agak tak adilla alasan yg "so called" ni digunekan.

(pendapat aku la...)
***********

Maju tak maju sstu bangsa tu either gune english or bahasa ibunda, tu aku tanak komen la. Sgt subjektif, again, byk faktor laen yg affect kemajuan bangsa tu.
Mentaliti, sikap. Cube ko bace buku Malay Dilemma yg Dr Mahathir tulis, ade jgk logiknye tu. Tak berniat nak bias kt Dr M.

**********

Tapi 1 kesan buruk yg aku ramal bleh berlaku kalo patah balik, means kalo kte gune bahase melayu balek, nanti kaum2 laen kt Malaysia, esply chinese akan demand bahase dorg jgk. Sekolah jenis kbgsaan da bjaye didimankan, bahase pun tak mustahil. Mungkin seswai aku katekan "terlajak perahu yg brisiko utk undur" dlm kes ni.

Cube lihat mcm mane kes MCA demand post for Deputy Prime Minister II... Aku agak ultra melayu dr segi ekonomi dan kuasa politik... bkn x boleh sama rata, tp blom masenye kot.

*********

Yang pasti, ikut konteks islam, setakat ape yg Dr Maza tulis, aku rase benda ni tak perlu kpd gune dalil2 quran & hadis yg suci drp perkauman2 ni. Salah gune dalil ni perbuatan yg seyes bagi aku mcm jual ubat2 tertentu gune dalil or kisah2 israeliyat utk lariskan produk msg2.

Allahu'alam.
salam~jadi iniLah rupanya jawapan kepada soalan pagi tadi yer..? ^^

Saya yang ada kat Malaysia ni semakin lama semakin heran dengan kaum saYa ni~~

Cuma, harus diingat bahawa PPSMI adalah strategi poLitik Dr. M. Kesan dia kiTa boLeh liHat pada hari ni.

SiLa LihaT KembaLi bagaimana dasar ini diJalankan, adaKah ia berdasarkan kaJian iLmiah yang benar2 boLeh dipercayai..? atau sekadar andaian rakus pemimpin yang mahu mengekalkan kuasa?

iniLah yang dikaTakan teori LEGASI~~kesannya pada rakyat jelata~saudara BOHEMIAN boleh rujuk pada kajian pakar2 bagaimana dasar poLitik ini hampir membunuh bangsa MelaYu~!

kaLau idup hanya atas andaian tanpa FakTa, jangan masuk universiti.
Tibe2 Pit kedah kate ade org hentam aku. Bukan hentamla, berhujah namenye.

Aku tanak da maen emosi, kurg berkesan, org suke fitnah dan ni blog Farid Nazmi. Biarlah saudari Syuhada masuk universiti sorg2.
Add YM aku, bleh mtk kt Farid Nazmi, kalo nak bincang panjang2la.

Utk Cik Syuhada, aku yg tekankan kpd praktikal, bukan teori@andaian.

****************

Mtk izin citer pengalaman aku nak martabat bahasa melayu.

Aku bercakap atas kapasiti aku pnah join pstuan karyawan muda luar negara, masa ppsmi baru dijalankan dulu, aku tolong mak ayah aku pegi kutip tandatangan org awam utk bangkang PPSMI ni, pergi ke masjid2, rumah ke rumah, lepas khutbah jumaat kt Masjid kampung aku, aku amek mase 5 minit utk citer psl PPSMI ni.

Kt sekolah dlu aku anjurkan malam Gapena, jemput pak Samad, anak pak Samad, Zaidi Omar (pelakon) dan ramai lg sasterawan2 lain buat majlis malam gala kt sekolah, aku anjurkan hari Bahasa Melayu utk stp ari isnin, buat minggu bahasa melayu, aku pun ade karang novel bahasa melayu, tapi baru separuh sebab idea2 utk novel perlukan byk pengalaman, tak macam buat lagu yg aku da beser buat... tu pun ade msg ttg bahase melayu...

Aku tulis skrip drama merdeka utk pementasan drama kemerdekaan kt salah 1 dewan ape ntah kt KL, lupe name, memorium tun hussein ke ape ntah, belajar drp Sabri Yunus, Fauziah Nawi dan Zaidi Omar utk pementasan teater kerusi mase form 2 kt Dewan Bahasa dan Pustaka dan byk lagila penglibatan aku dalam nak memartabatkan bahasa melayu...
Walopun tak sebanyak sasterawan laen, apetah lagi Cik Syuhada.

********************

Kalau Cik Syuhada nak main politik, jgn masukkan isu PPSMI ni sekali. Hal Dr M tu, tu die punye psl la. Kalo bleh cubela bsikap holistik.

Aku juz nyatakan aku tak kesah bahasa melayu atau english utk subjek MATEMATIK DAN SAINS. Maknenye aku atas pagar. Please put ends in mind bout wut we are doing, do think bout the risks kalo nak patah balik, fikir psl chinese's will be demands bout their language nanti kalo kte "gostan" balek... (mane dtg dialek kelantan gostan tu?)


Dan yg nak ditekankan tu, JANGAN GUNA DALIL2 quran & hadis yg suci sbg alat utk back up perjuangan bahasa dan perkauman ni.

Teremosi plak. hehe. Ok la. Bincang dgn aman. Ni blog Farid Nazmi. Sorry Farid. Time kasih. callo.

Peace!
oho~saya tidak berniat. maafkan saya^^
musafirtibbi said…
Matlamat pendidikan ialah untuk menyediakan setinggi mungkin pendidikan kepada sebanyak mungkin rakyat tanpa mengira bangsa..x gtu?
Abenawe MacNeil said…
salam'alaik farid~

hahaha ko mcm tau2 je ak pon wat posting psl isu nih...

ak setuju dgn ko, wlwpn sesuatu bangsa fasih bnyak bahasa pun tapi kalo malas aje mmg tak maju sampai bila2...

bagi aku,tak rasa pun kalo blaja sains & math dlm BI sesuatu yang mengorbankan bahasa ibunda...

sbb bg aku bahasa melayu mmg AGAK TAK SESUAI untuk dijadikan bahasa yang saintifik dan teknikal...

contohnya hydrophilic = hidrofilik [ni ak tgk dlm bku fisiologi DBP]
ak jadi lg konfius bile baca...

itu pun die cuma ubah sikit huruf dlm word tuh supaya nampak 'MELAYU' sikit...

tapi baca tetap tak faham~

aku mmg tak nafikan bahasa melayu mmg indah dan berseni serta puitis...

tapi dalam blajar sains & math, yang ditekankan adalah kefahaman konsep serta mengaplikasikan teori dalam bentuk praktikal...

bagi aku, mmg takde masalah pun kalo dasar PPSMI tuh dimansuhkan..

aku rasa kadang2 kita menentang sesuatu opinion/dasar bukan sebab benda itu tak bagus, tapi sebab opinion/dasar itu lahir dari fikiran mereka2 yg tak sehaluan dgn kita...

ko rase macam mana??

p/s - nanti ak linkkan blog ko kat blog ak ye...feymes skit ko nanti..wakakakakaka..
musafirtibbi said…
Tapi dalam situasi Indonesia..mereka banyak mengintegrasikan bahasa Inggeris kedalam bahasa mereka..baik dari segi Sains@ kehidupan harian.
As said…
wah
what matter is, the willingness to learn.. ;)
cairoboy said…
thanx..

terbuka sikit minda...

tumpang bangga dgn bangsa jepun..

melayu??

Popular posts from this blog

Selepas Setahun..

Kemaafan

Sekitar Blood Drive For Gaza