A Year Older..And None The Wiser
Peristiwa 1
Ketika mengiringi adik yang baru lahir dari operation theater ke ke neonatal ward...adik yang nombor lima (darjah lima) ikut sekali.. Semasa dalam lif, jururawat yang mengiringi aku bertanya,
Nurse:Tahniah, ni anak encik yang nombor dua ke?
Aku: ????
Peristiwa 2
Oleh sebab ayah aku sibuk jadi aku terpaksa menggantikan ayah aku menghadiri menyuarat PIBG sekolah adik aku..jadi lepas parking motor aku depan sekolah aku pun nak masuklah tapi kena tahan pula dengan guru besar.
Guru Besar: Encik ni datang nak ambil anak balik ke?
Aku:????
Peristiwa 3
Hobi aku di Malaysia waktu malam ialah bawa adik-adik aku makan char koey teow di Pokok Sena. Satu malam tu aku datang seorang diri jadi makcik tauke tu pun pelikla dan tanya aku
Makcik Koey Teow: Aik abang, datang sorang je malam ni.. tak bawa anak ke?
Aku:????
Peristiwa 4
Setiap kali jumpa dengan rakan-rakan lama yang memang dah lama gila tak jumpa...soalan klise yang wajib ditanya ialah
" Hang bila nak menikah?"
Jadi jawapan klise jugalah yang keluar...
"Sapalah yang nak kat aku ni...."
Badan makin tua..harap-harap dada makin berisi dengan ilmu, akal makin bijak, perangai makin matang, ibadah makin banyak, lemak makin kurang, sahabat makin ramai..
Supaya apabila nyawa terpisah dari jasad...adalah sebab aku boleh tersenyum..dan adalah sebab orang di sekeliling aku menangisi pemergian aku...
Everyday I grow nearer to my demise....have I made my mark on this world? or am I another soul to be damned? broken and forgotten? Gone with the wind...
There are a lot more to be done and achieved..
And I certainly want to be wiser.
Comments
maksudnya xlama da la tu nk bina masjid
=)