Teguran Dari Allah


Peristiwa 1


Ketika itu saya berada di Masjidil Haram, menunaikan umrah buat kali pertama bersama-sama dengan sahabat-sahabat (Abg Isra2, Najib, Aman, Sayuti, Hafie, dan Acap). Waktu yang sangat ditunggu-tunggu dan saya kira amat perlu. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tahun itu dan tahun lepas-lepas menuntut masa muhasabah dan penilaian diri. Dan saya berharap dengan kunjungan saya ke Baitullah dapat memberikan ketenangan untuk proses muhasabah tersebut.

Waktu maghrib hampir masuk, dan Masjidil Haram sudah mula sesak dengan orang dari pelbagai bangsa, etnik serta bahasa. Lalu saya mengundurkan diri ke suatu sudut yang tidak ramai orang, sekadar untuk muhasabah dan menilai diri. Terkenang kembali peristiwa-peristiwa lama, mereka yang datang dan pergi. Terasa sedih dan sakit hati, bagai menghiris-hiris jiwa..hati sudah mula rasa tidak tenang. Lalu terpandang mushaf yang tersusun kemas di rak buku di tepi saya, terus disambar dan tanpa basa-basi terus dibuka dan terus dibaca…SubhanaAllah..terus terbaca ayat ini.

Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Surah Annur..Ayat 22.


Allah….SubhanaAllah


Peristiwa 2

Pagi Ramadhan, fatrah imtihan dur thani. Meneruskan rutin membaca Al Quran sebelum disambung dengan ulangkaji pelajaran. Pembacaan diteruskan seperti biasa..dan tiba-tiba bacaan saya tersangkut..terlihat suatu perkataan yang agak janggal tulisannya, tidak pasti cara menyebutnya. Rasa diri ini bodoh pula, bertahun-tahun membaca AlQuran macam mana tiba-tiba tidak tahu baca pula. Terus disambar terjemahan AlQuran yang tersusun rapi di meja, dengan harapan jika tahu maksud tentu tahu perkataan arabnya. Lembaran diselak..demi terbaca sahaja terjemahan ayat itu..sebaklah dada saya..

Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar. Surah Fussilat, Ayat 51

Terkenang kembali..setakat manakah aku bersyukur selama ini atas segala nikmat yang Allah kurniakan? Ya, sikapku memang sama dengan ayat itu. Bagai terhempap batu di atas kepala, terhantuk di dinding berdarah muka..

Termenung panjang pagi itu..Astaghfirullah..


Bila kita rasa tidak tenang..

Bukalah Al Quran..baca, serta renungi maksudnya..sesungguhnya teguran dan nasihat dari Allah sentiasa ada di situ.Renungilah doa ini …

Ya Allah, jadikanlah Al Qur’an-Mu musim bunga hati kami, penerang jiwa kami, penghilang gundah gulana kami, pelipur lelah kami, penyelamat kami, penuntun kami, menuju surga-Mu…

Al Quran..Dusturuna!

Comments

Lebah said…
"DAn sungguh, akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan ALLAH) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat ALLAH. Mereka seperti hewan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.

p/s: Subhanallah...entry yang mengingatkan sy...(bagai terhempap!)
Learner said…
Lantas, kau lihatlah sekelilingmu, dan berfikir....
Entry yg menyentuh hati pakcik...=)

goodluck xm

Popular posts from this blog

Selepas Setahun..

Kemaafan

Sekitar Blood Drive For Gaza