Untukmu Pejuang



Buat saudaraku di Gaza..Palestin

Sangka mereka
Tebalnya besi kereta kebal
Lebarnya sayap jet
Bajanya Jaket kevlar
Kilatnya desingan peluru
Gementar dentum mortar dan peluru serak
Kerasnya tangan-tangan zalim,
mereka akan hidup selama-lamanya
Mereka dapat merenggut
Keberanian dari jiwa pejuang sejati...

Betapa besarnya kesilapan mereka!!!

Jiwa pejuang itu
Walau dimiliki tubuh yang kecil dan longlai
Hatta tubuh itu kaku!
Takkan goyah!

Dalam diri pejuang
Terpacak satu janji,
Yang kemenangan itu PASTI!
Tidak mungkin TUHAN memungkiri,
Sesungguhnya tipu daya mereka hanya sementara,
Hingga akhir usia,
Hingga luluh jasad tersiksa..
Sementara cuma..

Sesungguhnya
KUFFAR itu TAKUT MATI,
Berlindung di sebalik tembok,
Menikus di dalam keranda besi,
Bernaung di bawah pemeras ummah,
Ya...dan ummah tetap berdiam,
Kerana dunia telah menipu..
Kerana nafsu telah menguasai

KUFFAR berperang untuk HIDUP,

PEJUANG berperang untuk SYAHID!

Sabarlah wahai saudaraku..
Sabar dalam solat dan doamu,
Sabarmu dalam solat dan doaku,
Perjuanganmu,
Perjuanganku,
Ummah ini tidak akan menunggul lagi!!

Kaherah 1950


Ketika artikel ini ditulis.Telah masuk hari ke 5 rejim haram Zionis melakukan jenayah perang mereka terhadap umat Islam di Gaza..Doakanlah mereka,sumbanglah utnuk mereka.




Comments

buat kite yg tidak mampu utk berjihad seperti mereka,berjihadlah dgn cara kita..tunaikan tanggungjawab kta sbgai pelajar..berjihad di dlm pelajaran betul2..jika diri tidak mampu bertahan lama diatas meja stadi,jgn mimpi bertahan di dalam peperangan sebenar.

jom berjihad demi islam!
As said…
sajak kamu kah nazmi..
glad that you post sumting in ur blog abt our muslim brotehr and sisters..
masih ramai yang lena
masih ramai yang terlupa..

namun masih ramai juga yang buat sesuatu..
Jolynn said…
Jazakallah untuk puisi ini. Hmm... Tadi begitulah susah nak explain kepada kawan saya yang non-Muslim kenapa org Islam nak mempertahankan diri mereka walaupun tahu mereka akan kalah sebab Israel ada senjata berteknologi terkini.

Dia juga berkata kenapa umat Islam perlu membalas balik dengan kekerasan. Kelu lidah saya nak jawabnya. Saya cuba berhujah juga tapi ilmu saya tak banyak dan saya juga tak mahu menjadi fitnah kepada Islam sendiri. Jadi saya pun kurang berhujah dengan dia...
musafirtibbi said…
Salam
To adelita..even non muslim can relate to the suffering of palestinian and to do that one must know and understand their history and 60 years of displacement and oppression. Muslims fight only to defend themselves against the inhumanity the israelis has thrown at them..so its only natural for anybody to react like that..

To As
May Allah swt accept this small deed.We should do something..

To Warouq

Yes. you are right.Our priority right now is as a student.To achieve excellence in our job,that is how a muslim should be.wherever n whenever
Anonymous said…
slm zarah farid
Pertama kali sampai sini
Teruskanlah perjuangan kita membela sahabat2 di palestin...
Anonymous said…
apasal 1950?
musafirtibbi said…
Um,nelly..its actually 750 pm
Anonymous said…
salam ziarah
citer pasal nih penah masuk berita tv3 x silap.

Popular posts from this blog

Sekitar Blood Drive For Gaza

Selepas Setahun..

Kemaafan