Terus Berlari


Hari berganti hari,
Terasa letih berlari,
Mengejar impian dan mimpi,
Yang terpahat di sanubari.

Terkadang tak dapat daku membeza,
Antara nafsu dan cita,
Lalu sesat hilang punca,
Tak tahu arah, tak tahu hala.

Lalu aku kecundang,
Tersungkur ke dalam lubang,
Semangat makin berkurang,
Makin jauh, makin menghilang.

Tapi tetap Kau menghulur tangan,
Menyambut aku, erat pegangan,
Tak mahu terus kehilangan,
Menyelamatkan seorang insan.

Lalu aku berdiri dan terus berlari lagi,
Berlari bersama Kau di sisi,
Mengejar cita dan mimpi,
Dan kini..aku tidak keseorangan lagi...
Kerana Kau sentiasa di sini..
Tersemat di dalam hati..

Cairo

Comments

dan ketika aku mengira tapak larian
aku mula jadi tak keruan
mengira-ngira yang jauh sudah ketinggalan

bermula dari itu, aku berhenti.
Mehmed Aimi said…
teruskan berlari...berlari dari kebusukan duniawi...ke arah Rahmat dan cinta Ilahi...
musafirtibbi said…
Wah, sifu-sifu..terima kasih kerana sudi memberi pendapat :)

Popular posts from this blog

Selepas Setahun..

Kemaafan

Sekitar Blood Drive For Gaza