Ramadhan Kareem
Dalam sehari ada beberapa jam yang istimewa,
Iaitu sepertiga malam,
Dalam seminggu ada sehari yang istimewa,
Iaitu hari Jumaat,
Dalam setahun ada sebulan yang istimewa,
Iaitu Ramadhan.
Dan dalam bulan ini ada satu malam yang istimewa,
Iaitu Lailatul Qadar.
Apakah perasaan anda,
Apabila anda memberi hadiah kepada seseorang,
Dengan baik rupa dan berharganya hadiah itu,
Kemudian si penerima membuat endah tak endah sahaja terhadap hadiah itu,
Jauh sekali menunjukkan rasa teruja dan seronok.
Begitulah juga diumpamakan,
Hadiah Ramadhan yang Allah berikan kepada kita,
Adakah kita akan membiarkan ia hanya berlalu,
Tanpa menghargai dan mendalami sebaiknya?
Semoga Ramadhan kali ini akan memberi perubahan ke arah kebaikan buatku.
Amin Ya Rabbal Alamin
p/s: Selamat berjaya kepada rakan-rakan yang berjuang menghadapi peperiksaan di bulan Ramadhan ini. Semoga kalian beroleh kejayaan InsyaAllah.
Comments