Terima Kasih

Diambil dari facebook Kak Aniah

Setelah hampir 5 tahun bersama ingin kuucapkan terima kasih tak terhingga :

Dr Hamdan:
Senior dari KISAS tapi kenal di Mesir. Seorang yang sentiasa tenang tapi tegas, the "zen master of calm". Banyak memberi tunjuk ajar baik dari segi ilmu perubatan dan agama. Sepakan bola beliau sangat kencang sehingga keeper sanggup elak bola biar masuk gol daripada tahan (antaranya saya).

Dr Akmal Huzaifah:
Orang Kelantan yang cakapnya mendalam maksud. Blog beliau penuh sastera berserta dengan gambar-gambar mengujakan hasil pengembaraan. Boleh dilayari di http://petaijeruk.blogspot.com

Dr Husmar Israq:
Senior yang sangat ramah, sangat ambil berat perihal saudara dan sangat menjaga adab. Tahniah atas pernikahannya dengan Dr Naimah Zakaria baru-baru ini. Semoga menjadi suami dan doktor yang cemerlang.

Dr Iqbal Munawwir:
Senior dari KISAS juga, yang tak pernah lokek dengan ilmu, setiap pertanyaan dijawab dengan jelas dan tuntas. Buku didakap dan dibaca di mana-mana hatta di dapur. Pandai memasak dan sangat merendah diri. Kalau buat kenduri-kendara beliaulah penasihatnya.

Dr Dzul Hizami:
Senior dari KISAS yang pantas dan cemerlang, rajin jogging di pagi jumaat dan hebat dalam sukan bola. Sepakan beliau juga kencang tetapi tak boleh lawan Dr Hamdan.

Dr Izwan Kamal:
Senior paling beretika dan kemas dalam pemakaian dan sangat berpengetahuan dalam 'popular culture'. Saya suka dengan koleksi Gundam dan 'action figure' miliknya.

Dr Abdul Kadir:
Tenang tetapi tegas. Walaupun buat hati jauh beribu batu tapi semangatnya tetap kental. Blog beliau boleh dilayari di drkadir.blogspot.com

Dr Munir:
Senior dari Pulau Pinang. Bahasa arab beliau sangat fasih.Selalu main futsal bersama- sama. Sudah balik penang nanti bolehlah kita sama-sama pekena Nasi Kandaq Subaidah. :)

Dr Firdaus:
Juga senior yang rajin turun padang bermain futsal bersama-sama. Bahasa arab juga sangat fasih dek 4 tahun tidak kembali ke Malaysia.

Dr Aniah Azmi:
Isteri Ustaz Fauwaz. sangat peramah. Walaupun sibuk tetapi dapat menjalankan tugas seorang isteri dan pelajar perubatan dengan cemerlang. Bahagia sungguh Ustaz Fauwaz :).

Dr Daing:
Senior yang sangat peramah. terima kasih kerana 'proof-read' buku Syifa edisi pertama.

Dr Asma:
Isteri kepada Dr Syazwan Nordin. Kedah mai. Tahniah atas kelahiran anak perempuan beliau tahun lepas.

Dr Zawil, Dr Faaiqah dan Dr Adlina: Walaupun tak berapa kenal tapi kejayaan kalian telah memberi semangat pada diri ini

And last but not least




Ustaz Fauwaz:
Ustaz yang paling cool, peramah, dan baik hati yang pernah kujumpa di Mesir. Ustaz yang paling rapat dengan Gen 5. Bersusah payah mengadakan kelas untuk pelajar perubatan yang dahagakan ilmu agama. Terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan. Seronok dapat main bola dengan ustaz. Andai ada rezeki boleh bermain lagi :)


Ustaz Salman Abdul Rahman:
Akhi yang banyak mengajarku erti dakwah dan perjuangan. Terima kasih atas bimbingan yang diberi selama ini.

Kepada akhi2 ku ini..Kudoakan agar.

Semoga menjadi doktor dan ustaz yang cemerlang,
Semoga dikurniakan anak yang ramai,
Semoga dipermudahkan jodoh,
Semoga terus kekal istiqamah dengan idealisma yang diperoleh.
Semoga sentiasa di dalam redha-Nya

Hanya ini sahajalah yang mampu kucoretkan untuk menggambarkan terima kasih dan penghargaan buat mereka yang telah berjasa untukku. Andai tidak sempat bertemu lagi izinkanku mengucapkan jutaan terima kasih dan ampun maaf dipohon andai selama ini terkasar bahasa dan dan tidak beradab dengan kalian.

"From the deepest gaping void of my heart...thank you"

Comments

Popular posts from this blog

Selepas Setahun..

Kemaafan

Sekitar Blood Drive For Gaza