Apa Khabar Humaira?


Apa Khabar Humaira?
Ku harap matamu yang biru,
Masih terang menatap dunia,
Dunia yang tidak peduli akan kamu,

Dunia yang sedarnya bermusim cuma,
Sensasi isu maka hangatlah,
Merah-menyala,
Sepanduk, poster digantung sana-sini,
Boikot, anti, kutuk itu-ini

Usai sensasi jadi basi,
Bosan, lesu, tak peduli lagi,
Kelabu Asap,
Senyap, sangap, lesap,
Yang diboikot kembali untung,
Sepanduk, poster remuk dan rentung...

Apa khabar Humaira?
Sudahkah pandai bicara?
Alif, Ba, Ta, kau baca,
Berkata pada dunia yang kian lupa,

Lupakan musuh di balik jendela,
Lupakan derita panjang berjela,
Lupakan diri hanya manusia..

Maafkan aku Humaira,
Khabarmu ku tanya,
tetapi azamku sendiri tiada bermaya,
Aku tidak mahu begini lagi,
Aku mahu mengubah semua,
Mengubah diri, mengubah dunia,
Dan itu janjiku padamu, Humaira!

Comments

Learner said…
Puisi ko nmpk lebih power dr sbl ni... truskan berkarya!!
musafirtibbi said…
Oh, tapi x bley lawan ko lagi Iwan. :)

Popular posts from this blog

Selepas Setahun..

Kemaafan

Sekitar Blood Drive For Gaza