Kemaafan


Buat dia yang masih diam membungkam..

Tak sanggup lagi,
Menanggung dendam,
Hiba yang mencengkam,
Pedih peritnya hati,
Sirna bertandang pergi...

Apapun terjadi,
Apapun reaksi,
Cuma ujian TUHAN buat diri,
Kau telah pergi..
Telah aku redhai..

Kini kukembali,
Mencari kedamaian,
Sambutlah salam kemaafan,
Yang kuhulurkan,
Jangan diam membungkam,
Lari sembunyi diri..

Kerna yang pasti,
Hidup ini bukan abadi..

Sambutlah salamku,
sampaikan perdamaianmu,
Luahkan isi hatimu,
Fahamilah isi hatiku..

Salam persaudaraan,
Demi akidah yang hakiki,
Kerna yang pasti,
itulah yang abadi!

Musim Sejuk, Kaherah 2009

Comments

Jolynn said…
Kita ni semua musafir yang singgah kejap di dunia ini... Dunia ni tak kekal. Akan hancur juga. Cuma... Adakah kita bersedia untuk menempuhi destinasi yang seterusnya?
NIVYANFAZZA said…
untuk makluman
www.nivyanpazza.blogspot.com

telah bertukar ke

www.nivyanfazza.blogspot.com

maaf di atas segala kesulitan...
harap maklum....oviuv

Popular posts from this blog

Selepas Setahun..

Sekitar Blood Drive For Gaza