Pesanan Dr Baihaqi Azraii



Semasa kepulangan saya ke Malaysia tempoh hari, saya berpeluang bertemu dengan Dr Baihaqi Azraii. Beliau adalah seorang senior yg menuntut di Universiti Ain Shams dan telah mendapat ijazah kedoktorannya pada tahun 2007. Kini beliau bekerja di Hospital Kuala Lumpur dan akan menamatkan housemanship nya pada bulan 11 ini. Jika dahulu saya pernah menemuramah Dr Farah Yasmin tentang pengalamannya bekerja di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, kali ini kita berkongsi maklumat pula dengan seorang doktor yang bekerja di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ternyata pertemuan kami di Starbucks KL sentral penuh dengan pesanan dan perkongsian yang berfaedah. Kebetulan beliau bercuti pada hari itu. Berikut adalah beberapa pesanan beliau. Perlu diingatkan yang ini adalah rumusan saya sendiri dan bukan 'direct quotation' daripada beliau, kerana saya tidak menyalin, dan tidak merekod perbualan ini. Ini hanya perkongsian santai antara seorang abang dan adik, mentor dan mentee, doktor dan pelajar perubatan.

Bekerja di hospital kementerian lebih mencabar dan lebih memenatkan. Perkara ini juga dipersetuji Dr Nasri (U Cairo, grad 2004) Seolah-olah ia adalah pusingan 360 darjah daripada apa yang dikongsi oleh Dr Farah Yasmin. 
  • Masa oncall yang lebih panjang- Kadang-kadang lebih 48 jam. Apa yang digazetkan oleh KKM baru-baru ini tidak digunapakai, oleh sebab doktor memang tidak cukup dan pesakit terlalu ramai. Purata setiap hari adalah 30 pesakit selalunya, malah pernah mencapai 60 pesakit tapi ini jarang berlaku, mungkin setahun sekali.
  • Specialist yang lebih kasar dan ganas. Perkataan bodoh dan celaka sudah menjadi kebiasaan. Dihalau dari O.T. Ditukar dengan houseman lain sewaktu masa bertugas.Tekanan emosi lebih berat. perlu mempunyai daya ketahanan emosi yang kuat. Bukan semua specialist seperti ini,kebanyakan. ada juga yang baik-baik.

Masa housemanship ialah masa bekerja dan bukan masa untuk belajar. Segala fakta mesti sudah tersimpan di dalam kepala, sebarang kesilapan tidak akan ditoleransi lagi. Sebab itu pelajar perubatan  tidak dibenarkan menggunakan gelaran Doktor kerana doktor tidak dibenarkan melakukan kesilapan tetapi pelajar perubatan dibenarkan sebagai salah satu proses dan teknik pembelajaran..Hence D.O.C.T.O.R= Do Only Correct Things Otherwise Resign.

Attachment adalah penting untuk pendedahan awal. Pekeliling KKM 16/2008 menyatakan bahawa pelajar perubatan luar negara tidak dibenarkan menyentuh pesakit langsung. Perkara yang sama juga dinyatakan oleh Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah semasa saya berjumpa dengan beliau tempoh hari. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk pekeliling itu. tetapi undang-undang ini masih fleksibel, anda doktor bertugas yakin dengan anda anda boleh melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh jururawat seperti mengambil darah dan sebagainya.

Sebagaimana perangai kita semasa di universiti, begitu jugalah sikap kita  semasa bekerja nanti. Masuk kelas lambat, suka ponteng kelas, malas study, nervous, tidak yakin, ego, mulut celupar, begitu jugalah kita apabila bekerja nanti. Masuk kerja lambat, ponteng kerja, malas review case, abandon patient, gugup, berlagak pandai, ego, mulut celupar juga. Pendek kata, kita perlu berubah dari SEKARANG jika mahu menjadi seorang doktor yang baik.

Semasa housemanship nanti, oleh kerana masa yang suntuk dan pelajar yang ramai kita akan diberi pilihan samada hendak mengambil Anaesthesia Department atau Accident and Emergency Department. Nasihat beliau adalah ambil A&E kerana department ini lebih mencabar dan memberi kita peluang untuk menggunakan ilmu kita secara optimum.

Kita di sini sering dimomokkan dengan doktor perempuan yang tidak laku. Itu kurang tepat sebaliknya perkataan yang lebih tepat ialah jual mahal. Doktor umur 28 pun ada orang masuk meminang tetapi kerana mengutamakan kerjaya dia menolak dengan alasan mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat master dahulu. Sedar-sedar apabila dah mendapat master umur sudah lanjut dan saham sudah jatuh. Jadi apabila dilihat di sini bukanlah saham doktor perempuan itu rendah tetapi bergantung kepada sikap sendiri.Perlu diingatkan hujah ini tidak boleh digunapakai di medical school. Jadi jangan salahkan mereka jika mereka menolak lamaran anda sekarang. Tunggu selesai graduasi cubalah sekali lagi.

Doktor- doktor dari Indonesia, Rusia dan Mesir sering menjadi mangsa 'lowered expectations' semasa bekerja. Bagi Dr Baihaqi orang yang berkata begitu sebenarnya masih belum bertemu atau bekerja dengan doktor-doktor ini. Beliau ada rakan sekerja produk Rusia dan Indonesia  dan bagi beliau mereka adalah antara doktor terbaik yang beliau pernah jumpa. Otak mereka ligat dan kreatif, mungkin ini adalah kesan pembelajaran mereka yang tidak terlalu stress dan menekan. nasihat Dr Zuhdi pula ialah "it does not matter where you graduated from, what matters is your ATTITUDE'.

Itu sahajalah yang saya dapat kongsikan di sini., ada lagi yang lain dan saya akan tambah lagi.Sebarang kesilapan pada artikel ini harap ditegur untuk diperbetulkan. Akhir kata beliau mengucapkan salam kepada semua dan berharap kita semua akan study bersungguh-sungguh dan menjadi doktor yang cemerlang.

 

Comments

Mehmed Aimi said…
haha...'Do Only Correct Things Otherwise Resign'...real scary acronym for medical student...i guess...:p
syidi said…
syidi liked this too
terbaik la fared!! aku suke artikel ni. membakar smgt aku nak jd dokte.yearghh
Haru said…
terima kasih sebab kongsi artikel ini
mencabar.

Popular posts from this blog

Sekitar Blood Drive For Gaza

Selepas Setahun..

Kemaafan