Tahun 2003, baru sebulan berpindah ke KISAS. Kebetulan masa tu ada cuti kelahiran Sultan Selangor jadi satu selangor cuti selama tiga hari, campur hari Sabtu dan Ahad. Jadi aku rasa macam sangat-sangat nak balik ke Pulau Pinang. Selalunya cuti 3 hari aku tak pernah balik tapi kali ini UITM nak bagi hadiah RM 500 kerana cemerlang dalam perperiksaan PMR. Jumlah itu merupakan nilai yang amat banyak bagi aku masa tu jadi aku pun berpakatlah dengan dua orang lagi kawan aku iaitu Ahmad Hafiz (Mat Pet) dan Ubaid untuk berjumpa dengan Ustaz Kamal Mahdi nak minta izin balik ke Pulau Pinang. Aku kenal Ubaid semasa kem kecemerlangan PMR di Pulau Pinang, Matpet pula aku kenal sejak dari tingkatan 1 di SMKANT. Kami semua berjumpa kembali di KISAS selepas PMR. Dunia ni kecik betul. Berbalik kepada cerita tadi. kami pun berjumpa dengan warden selepas solat Jumaat nak minta izin balik tapi malangnya permintaan kami ditolak dan sebarang alasan dan pujuk rayu langsung tak dilayan .Maka pulanglah ka...
masa yang semakin menghimpit jiwa yang semakin menjerit buku yang semakin menimbun otak yang semakin diruntun lembaran diselak lemah tulisan dibaca payah mahu diingat amat susah halangan jerih dilangkah namun kugagahi jua demi sebuah cita demi secebis gembira demi kurnia redha Kerana kutahu perjuangan in bukan untukku ummah ini perlukan aku yang tak tersungkur lesu pada tebalnya sebuah buku Fatrah Imtihan,April 2009,1833 p/s:Syukran kpd madsha sudi jadi model. http://madsha88.blogspot.com
Aku mencintai Hujan itu Turunnya suci bersinar Segar menimpa jasad Menggamit memori Renungan hati Tenang dalam diri Ku melangkah Meredah rintikan Kabus pandangan Angin sejuk berhembus Selembut belaian Membuka hati Sedari rahmat Ilahi Turunnya hujan Menyingkap kesucian Pada debu dan kotor Tiada lagi asap hitam Tebal menyumbat paru Menyingkap kenangan Muhasabah abid pada Tuhan Aku berjalan Di dalam hujan Lalu aku dongak Memandang awan Betapa aku sedari Hujan itu aku cintai... Mac 2009, Kaherah, 0150
Comments
Mukmin- Di Matruh Siwa. Ambil dari atas tebing bukit. :)
Ubg Ezainy: Alhamdulillah