Posts

Showing posts with the label Kenangan

Sebuah Cerita Silam Untuk Kenangan Di Masa Hadapan

Image
Tahun 2003, baru sebulan berpindah ke KISAS. Kebetulan masa tu ada cuti kelahiran Sultan Selangor jadi satu selangor cuti selama tiga hari, campur hari Sabtu dan Ahad. Jadi aku rasa macam sangat-sangat nak balik ke Pulau Pinang. Selalunya cuti 3 hari aku tak pernah balik tapi kali ini UITM nak bagi hadiah RM 500 kerana cemerlang dalam perperiksaan PMR. Jumlah itu merupakan nilai yang amat banyak bagi aku masa tu jadi aku pun berpakatlah dengan dua orang lagi kawan aku iaitu Ahmad Hafiz (Mat Pet) dan Ubaid untuk berjumpa dengan Ustaz Kamal Mahdi nak minta izin balik ke Pulau Pinang. Aku kenal Ubaid semasa kem kecemerlangan PMR di Pulau Pinang, Matpet pula aku kenal sejak dari tingkatan 1 di SMKANT. Kami semua berjumpa kembali di KISAS selepas PMR. Dunia ni kecik betul. Berbalik kepada cerita tadi. kami pun berjumpa dengan warden selepas solat Jumaat nak minta izin balik tapi malangnya permintaan kami ditolak dan sebarang alasan dan pujuk rayu langsung tak dilayan .Maka pulanglah ka...

A Year Older..And None The Wiser

Image
Peristiwa 1 Ketika mengiringi adik yang baru lahir dari operation theater ke ke neonatal ward...adik yang nombor lima (darjah lima) ikut sekali.. Semasa dalam lif, jururawat yang mengiringi aku bertanya, Nurse:Tahniah, ni anak encik yang nombor dua ke? Aku: ???? Peristiwa 2 Oleh sebab ayah aku sibuk jadi aku terpaksa menggantikan ayah aku menghadiri menyuarat PIBG sekolah adik aku..jadi lepas parking motor aku depan sekolah aku pun nak masuklah tapi kena tahan pula dengan guru besar. Guru Besar: Encik ni datang nak ambil anak balik ke? Aku:???? Peristiwa 3 Hobi aku di Malaysia waktu malam ialah bawa adik-adik aku makan char koey teow di Pokok Sena. Satu malam tu aku datang seorang diri jadi makcik tauke tu pun pelikla dan tanya aku   Makcik Koey Teow: Aik abang, datang sorang je malam ni.. tak bawa anak ke? Aku:???? Peristiwa 4 Setiap kali jumpa dengan rakan-rakan lama yang memang dah lama gila tak jumpa...soalan klise yang wajib ditanya ialah " Hang ...

Terima Kasih

Image
Diambil dari facebook Kak Aniah Setelah hampir 5 tahun bersama ingin kuucapkan terima kasih tak terhingga : Dr Hamdan: Senior dari KISAS tapi kenal di Mesir. Seorang yang sentiasa tenang tapi tegas, the "zen master of calm". Banyak memberi tunjuk ajar baik dari segi ilmu perubatan dan agama. Sepakan bola beliau sangat kencang sehingga keeper sanggup elak bola biar masuk gol daripada tahan (antaranya saya). Dr Akmal Huzaifah: Orang Kelantan yang cakapnya mendalam maksud. Blog beliau penuh sastera berserta dengan gambar-gambar mengujakan hasil pengembaraan. Boleh dilayari di http://petaijeruk.blogspot.com Dr Husmar Israq: Senior yang sangat ramah, sangat ambil berat perihal saudara dan sangat menjaga adab. Tahniah atas pernikahannya dengan Dr Naimah Zakaria baru-baru ini. Semoga menjadi suami dan doktor yang cemerlang. Dr Iqbal Munawwir: Senior dari KISAS juga, yang tak pernah lokek dengan ilmu, setiap pertanyaan dijawab dengan jelas dan tuntas. Buku didakap dan di...

Sebuah Kelahiran

Image
Ahmad Wafi Najhan Bin Ahmad Shukri 25 Januari 2010 Semoga menjadi anak yang soleh, Semoga menjadi mukmin sejati, Semoga menjadi pejuang pembela Islam, Semoga menjadi hamba Allah dalam setiap erti kata. Ya Allah, Berkatilah anak ini, Dan lindungilah dia dari godaan syaitan. Semoga aku juga dapat menjadi abang, Yang dapat memberi contoh dan semangat yang baik buat adik-adikku. Amin Ya Rabbal Alamin