Assalamualaikum Sudah lebih setahun tidak update blog, bukan apa, idea memang tak datang, tambahan lagi dengan study dan benda-benda besar lagi yang perlu difikir.. update blog telah jatuh di nombor yang paling bawah dalam senarai yang perlu dibuat. Tapi apa-apa pun setiap orang mestilah bermula somewhere kan. Buat masa sekarang, kepada yang membaca blog yang tidak seberapa ini, terima kasih kerana sudi singgah dan saya harap agar kamu semua dapat mendoakan urusan saya dipermudahkan Allah Taala. Ada banyak yang hendak dikongsi tetapi tidak ada idea bagaimana mahu diluahkan dalam bentuk tulisan. InsyaAllah dalam masa terdekat ini saya akan kembali mengisi blog ini dengan perkara dan perkongsian dan bermanfaat untuk semua. Akhir kalam, Syukran Jazilan Wa Khairan Kathira atas kesudian kalian singgah di blog ini :)
Aku mencintai Hujan itu Turunnya suci bersinar Segar menimpa jasad Menggamit memori Renungan hati Tenang dalam diri Ku melangkah Meredah rintikan Kabus pandangan Angin sejuk berhembus Selembut belaian Membuka hati Sedari rahmat Ilahi Turunnya hujan Menyingkap kesucian Pada debu dan kotor Tiada lagi asap hitam Tebal menyumbat paru Menyingkap kenangan Muhasabah abid pada Tuhan Aku berjalan Di dalam hujan Lalu aku dongak Memandang awan Betapa aku sedari Hujan itu aku cintai... Mac 2009, Kaherah, 0150
Situasi Mesir Belajar perubatan..dalam kuliah bahasa arab..tetapi buku dan ujian dalam bahasa inggeris. Pelik..kenapa buku bahasa Inggeris tapi dalam kuliah belajar dengan bahasa arab? Bukankan itu akan menyusahkan pelajar? Kemudian barulah tahu..bahawa majoriti pelajar-pelajar arab tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Pernah seorang senior bertanya kepada pensyarah.."Why dont you teach medicine in English?".Dan pensyarah itu menjawab.."Ooo, I cannot do that, If I teach in English, the students will die!". Sudah menjadi resam, pensyarah yang menggunakan banyak bahasa inggeris akan diboikot, maka dewan yang disediakan untuk 300 orang cuma ada 3 orang sahaja yang hadir, sedangkan dewan kuliah lain sesak macam tin sardin. Maka saya yang tidak mahir berbahasa arab ini terkial-kial memahami. Nasib baik buku teks dalam bahasa inggeris, yang dikarang sendiri oleh doktor universiti..jadi apa yg diceritakan di hadapan tidak banyak bezan...
Comments
Mukmin- Di Matruh Siwa. Ambil dari atas tebing bukit. :)
Ubg Ezainy: Alhamdulillah