Posts

A Year Older..And None The Wiser

Image
Peristiwa 1 Ketika mengiringi adik yang baru lahir dari operation theater ke ke neonatal ward...adik yang nombor lima (darjah lima) ikut sekali.. Semasa dalam lif, jururawat yang mengiringi aku bertanya, Nurse:Tahniah, ni anak encik yang nombor dua ke? Aku: ???? Peristiwa 2 Oleh sebab ayah aku sibuk jadi aku terpaksa menggantikan ayah aku menghadiri menyuarat PIBG sekolah adik aku..jadi lepas parking motor aku depan sekolah aku pun nak masuklah tapi kena tahan pula dengan guru besar. Guru Besar: Encik ni datang nak ambil anak balik ke? Aku:???? Peristiwa 3 Hobi aku di Malaysia waktu malam ialah bawa adik-adik aku makan char koey teow di Pokok Sena. Satu malam tu aku datang seorang diri jadi makcik tauke tu pun pelikla dan tanya aku   Makcik Koey Teow: Aik abang, datang sorang je malam ni.. tak bawa anak ke? Aku:???? Peristiwa 4 Setiap kali jumpa dengan rakan-rakan lama yang memang dah lama gila tak jumpa...soalan klise yang wajib ditanya ialah " Hang ...

Pesanan Dr Baihaqi Azraii

Image
Semasa kepulangan saya ke Malaysia tempoh hari, saya berpeluang bertemu dengan Dr Baihaqi Azraii. Beliau adalah seorang senior yg menuntut di Universiti Ain Shams dan telah mendapat ijazah kedoktorannya pada tahun 2007. Kini beliau bekerja di Hospital Kuala Lumpur dan akan menamatkan housemanship nya pada bulan 11 ini. Jika dahulu saya pernah menemuramah Dr Farah Yasmin tentang pengalamannya bekerja di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, kali ini kita berkongsi maklumat pula dengan seorang doktor yang bekerja di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia. Ternyata pertemuan kami di Starbucks KL sentral penuh dengan pesanan dan perkongsian yang berfaedah. Kebetulan beliau bercuti pada hari itu. Berikut adalah beberapa pesanan beliau. Perlu diingatkan yang ini adalah rumusan saya sendiri dan bukan 'direct quotation' daripada beliau, kerana saya tidak menyalin, dan tidak merekod perbualan ini. Ini hanya perkongsian santai antara seorang abang dan adik, mentor dan mentee, dokt...

Mengubah Dan Berubah

Image
Peristiwa 1 Aliff sedang leka menonton movie di rumah kawan baiknya Bazli sedangkan peperiksaan sudah semakin hampir. Bazli sangat risau dengan sahabatnya, dan dia mula rasa terganggu kerana movie yang ditonton itu di biliknya. Ketika itu mereka berdua sahaja dalam bilik. Orang lain pun sibuk study tak keluar-keluar dari bilik.Yela, kalau nak tonton pun tontonlah di rumah sendiri ye dak? Bazli pun nak study juga. Setelah menarik nafas seketika di pun mula mencari idea bagaimana hendak menegur Aliff , lalu dia pun membuka mulut, " Ni Aliff cuba ko berenti jap tengok movie tu dan dengar apa aku nak cakap kejap". Maka Aliff pun mem"pause"kan movie Chippendales yang ditontonnya dan matanya terkebil-kebil memandang muka Bazli. " Ko dengar sini baik-baik, ko tahu kan exam dah dekat yang ko tak study tu kenape? aku bleh respek orang yang study rajin gila babas tapi takde rezeki nak lulus, sekurang-kurangnya dia telah berusaha sedaya upaya dia..tapi kalau orang ...

Terima Kasih

Image
Diambil dari facebook Kak Aniah Setelah hampir 5 tahun bersama ingin kuucapkan terima kasih tak terhingga : Dr Hamdan: Senior dari KISAS tapi kenal di Mesir. Seorang yang sentiasa tenang tapi tegas, the "zen master of calm". Banyak memberi tunjuk ajar baik dari segi ilmu perubatan dan agama. Sepakan bola beliau sangat kencang sehingga keeper sanggup elak bola biar masuk gol daripada tahan (antaranya saya). Dr Akmal Huzaifah: Orang Kelantan yang cakapnya mendalam maksud. Blog beliau penuh sastera berserta dengan gambar-gambar mengujakan hasil pengembaraan. Boleh dilayari di http://petaijeruk.blogspot.com Dr Husmar Israq: Senior yang sangat ramah, sangat ambil berat perihal saudara dan sangat menjaga adab. Tahniah atas pernikahannya dengan Dr Naimah Zakaria baru-baru ini. Semoga menjadi suami dan doktor yang cemerlang. Dr Iqbal Munawwir: Senior dari KISAS juga, yang tak pernah lokek dengan ilmu, setiap pertanyaan dijawab dengan jelas dan tuntas. Buku didakap dan di...

Sebuah Kelahiran

Image
Ahmad Wafi Najhan Bin Ahmad Shukri 25 Januari 2010 Semoga menjadi anak yang soleh, Semoga menjadi mukmin sejati, Semoga menjadi pejuang pembela Islam, Semoga menjadi hamba Allah dalam setiap erti kata. Ya Allah, Berkatilah anak ini, Dan lindungilah dia dari godaan syaitan. Semoga aku juga dapat menjadi abang, Yang dapat memberi contoh dan semangat yang baik buat adik-adikku. Amin Ya Rabbal Alamin

Mereka Yang Rugi..

Image
Rugilah mereka.. Yang melacurkan agama, untuk kepentingan 'dunia', Yang bergantung kepada kekurang ajaran dalam menyampaikan 'kebenaran', Yang sentiasa biadap dalam menyeru kepada 'adab', Yang sentiasa kesat dalam menyampaikan 'nasihat', Yang menghunus belati tapi ingin 'menyentuh hati' Yang buta mata hati tapi ingin 'peduli', Yang mulut banyak musibat tapi ingin 'bersahabat', Yang pincang diri tapi merasa layak 'dihormati', Yang walau sesama Islam tapi masih tegar 'berdendam', Yang tidak mahu berubah tapi ingin ada 'maruah', Bahasa itu adab, apa yang datang dari hati akan sampai ke hati, Peringatan buat diriku dan dirimu, Jangan jadi orang yang RUGI.. Pokok Sena 1357

Apa Khabar Humaira?

Image
Apa Khabar Humaira? Ku harap matamu yang biru, Masih terang menatap dunia, Dunia yang tidak peduli akan kamu, Dunia yang sedarnya bermusim cuma, Sensasi isu maka hangatlah, Merah-menyala, Sepanduk, poster digantung sana-sini, Boikot, anti, kutuk itu-ini Usai sensasi jadi basi, Bosan, lesu, tak peduli lagi, Kelabu Asap, Senyap, sangap, lesap, Yang diboikot kembali untung, Sepanduk, poster remuk dan rentung... Apa khabar Humaira? Sudahkah pandai bicara? Alif, Ba, Ta, kau baca, Berkata pada dunia yang kian lupa, Lupakan musuh di balik jendela, Lupakan derita panjang berjela, Lupakan diri hanya manusia.. Maafkan aku Humaira, Khabarmu ku tanya, tetapi azamku sendiri tiada bermaya, Aku tidak mahu begini lagi, Aku mahu mengubah semua, Mengubah diri, mengubah dunia, Dan itu janjiku padamu, Humaira!