Posts

Mereka Yang Rugi..

Image
Rugilah mereka.. Yang melacurkan agama, untuk kepentingan 'dunia', Yang bergantung kepada kekurang ajaran dalam menyampaikan 'kebenaran', Yang sentiasa biadap dalam menyeru kepada 'adab', Yang sentiasa kesat dalam menyampaikan 'nasihat', Yang menghunus belati tapi ingin 'menyentuh hati' Yang buta mata hati tapi ingin 'peduli', Yang mulut banyak musibat tapi ingin 'bersahabat', Yang pincang diri tapi merasa layak 'dihormati', Yang walau sesama Islam tapi masih tegar 'berdendam', Yang tidak mahu berubah tapi ingin ada 'maruah', Bahasa itu adab, apa yang datang dari hati akan sampai ke hati, Peringatan buat diriku dan dirimu, Jangan jadi orang yang RUGI.. Pokok Sena 1357

Apa Khabar Humaira?

Image
Apa Khabar Humaira? Ku harap matamu yang biru, Masih terang menatap dunia, Dunia yang tidak peduli akan kamu, Dunia yang sedarnya bermusim cuma, Sensasi isu maka hangatlah, Merah-menyala, Sepanduk, poster digantung sana-sini, Boikot, anti, kutuk itu-ini Usai sensasi jadi basi, Bosan, lesu, tak peduli lagi, Kelabu Asap, Senyap, sangap, lesap, Yang diboikot kembali untung, Sepanduk, poster remuk dan rentung... Apa khabar Humaira? Sudahkah pandai bicara? Alif, Ba, Ta, kau baca, Berkata pada dunia yang kian lupa, Lupakan musuh di balik jendela, Lupakan derita panjang berjela, Lupakan diri hanya manusia.. Maafkan aku Humaira, Khabarmu ku tanya, tetapi azamku sendiri tiada bermaya, Aku tidak mahu begini lagi, Aku mahu mengubah semua, Mengubah diri, mengubah dunia, Dan itu janjiku padamu, Humaira!

Teguran Dari Allah

Image
Peristiwa 1 Ketika itu saya berada di Masjidil Haram, menunaikan umrah buat kali pertama bersama-sama dengan sahabat-sahabat (Abg Isra2, Najib, Aman, Sayuti, Hafie, dan Acap). Waktu yang sangat ditunggu-tunggu dan saya kira amat perlu. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tahun itu dan tahun lepas-lepas menuntut masa muhasabah dan penilaian diri. Dan saya berharap dengan kunjungan saya ke Baitullah dapat memberikan ketenangan untuk proses muhasabah tersebut. Waktu maghrib hampir masuk, dan Masjidil Haram sudah mula sesak dengan orang dari pelbagai bangsa, etnik serta bahasa. Lalu saya mengundurkan diri ke suatu sudut yang tidak ramai orang, sekadar untuk muhasabah dan menilai diri. Terkenang kembali peristiwa-peristiwa lama, mereka yang datang dan pergi. Terasa sedih dan sakit hati, bagai menghiris-hiris jiwa..hati sudah mula rasa tidak tenang. Lalu terpandang mushaf yang tersusun kemas di rak buku di tepi saya, terus disambar dan tanpa basa-basi terus dibuka dan terus ...

Empty..

Image
You once said, A filled bowl is what you wished, And with all my strength and mettle, I labored to fulfill your desire, As the time flew, And the bowl was full, And so the time came, And so it was offered to you, You took it, And you smiled, Then you returned the bowl to me, Empty... Inspired by Akh Azrul Azly

Berusahalah!

Tsabit Bin Zuhair pernah berkata: Jika seseorang tidak berusaha, Padahal nasibnya telah mengharuskannya berusaha, Dia menyia-nyiakan nasibnya itu, Dan dia akan ketinggalan... Namun orang yang bertekad baja, Tidak pernah menyerah kepada ujian, Akan selalu melihat ujian dengan mata terbuka, Dia adalah penembus zaman, Yang selalu bergerak, Jika ditutup satu pintu, Dia akan menerobos pintu yang lain! Dipetik dari La Tahzan- Dr Aidh Al Qarni.

Demi Cita

Image
masa yang semakin menghimpit jiwa yang semakin menjerit buku yang semakin menimbun otak yang semakin diruntun lembaran diselak lemah tulisan dibaca payah mahu diingat amat susah halangan jerih dilangkah namun kugagahi jua demi sebuah cita demi secebis gembira demi kurnia redha Kerana kutahu perjuangan in bukan untukku ummah ini perlukan aku yang tak tersungkur lesu pada tebalnya sebuah buku Fatrah Imtihan,April 2009,1833 p/s:Syukran kpd madsha sudi jadi model. http://madsha88.blogspot.com

Kajian Situasi

Situasi Mesir Belajar perubatan..dalam kuliah bahasa arab..tetapi buku dan ujian dalam bahasa inggeris. Pelik..kenapa buku bahasa Inggeris tapi dalam kuliah belajar dengan bahasa arab? Bukankan itu akan menyusahkan pelajar? Kemudian barulah tahu..bahawa majoriti pelajar-pelajar arab tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Pernah seorang senior bertanya kepada pensyarah.."Why dont you teach medicine in English?".Dan pensyarah itu menjawab.."Ooo, I cannot do that, If I teach in English, the students will die!". Sudah menjadi resam, pensyarah yang menggunakan banyak bahasa inggeris akan diboikot, maka dewan yang disediakan untuk 300 orang cuma ada 3 orang sahaja yang hadir, sedangkan dewan kuliah lain sesak macam tin sardin. Maka saya yang tidak mahir berbahasa arab ini terkial-kial memahami. Nasib baik buku teks dalam bahasa inggeris, yang dikarang sendiri oleh doktor universiti..jadi apa yg diceritakan di hadapan tidak banyak bezan...