Posts

Sinai Explorer 5~ Enjoy

Image
Alabaster Lights Krew Sinai Explorer 5 Red Sea Cruise Looking Upon Lost Past Yellow Blossom Israeli Border Post At Taba Pharaonic Remnants 'No' Mask In Dahab? Seafood Frenzy Mountain Hug White Petals High Above Truth And Lies Saladin's Outpost Burning Sun On Top Of Mount Sinai Pushing Daisies Sweet Bougainvillea

Kemaafan

Image
Buat dia yang masih diam membungkam.. Tak sanggup lagi, Menanggung dendam, Hiba yang mencengkam, Pedih peritnya hati, Sirna bertandang pergi... Apapun terjadi, Apapun reaksi, Cuma ujian TUHAN buat diri, Kau telah pergi.. Telah aku redhai.. Kini kukembali, Mencari kedamaian, Sambutlah salam kemaafan, Yang kuhulurkan, Jangan diam membungkam, Lari sembunyi diri.. Kerna yang pasti, Hidup ini bukan abadi.. Sambutlah salamku, sampaikan perdamaianmu, Luahkan isi hatimu, Fahamilah isi hatiku.. Salam persaudaraan, Demi akidah yang hakiki, Kerna yang pasti, itulah yang abadi! Musim Sejuk, Kaherah 2009

Sekitar Blood Drive For Gaza

Image
Si Kecil Turun Memberi Sokongan Tiada Katil Kerusi Pun Jadi A Hand To Help Bacalah Al Quran Barisan Penderma Presiden Turun Padang Exco Akademik Tgh Kena Medical Check Up Pelajar Malaysia Yang Bersemangat Solidarity The Sign Says- Blood Drive For The People Of Gaza

Untukmu Pejuang

Image
Buat saudaraku di Gaza..Palestin Sangka mereka Tebalnya besi kereta kebal Lebarnya sayap jet Bajanya Jaket kevlar Kilatnya desingan peluru Gementar dentum mortar dan peluru serak Kerasnya tangan-tangan zalim, mereka akan hidup selama-lamanya Mereka dapat merenggut Keberanian dari jiwa pejuang sejati... Betapa besarnya kesilapan mereka!!! Jiwa pejuang itu Walau dimiliki tubuh yang kecil dan longlai Hatta tubuh itu kaku! Takkan goyah! Dalam diri pejuang Terpacak satu janji, Yang kemenangan itu PASTI! Tidak mungkin TUHAN memungkiri, Sesungguhnya tipu daya mereka hanya sementara, Hingga akhir usia, Hingga luluh jasad tersiksa.. Sementara cuma.. Sesungguhnya KUFFAR itu TAKUT MATI, Berlindung di sebalik tembok, Menikus di dalam keranda besi, Bernaung di bawah pemeras ummah, Ya...dan ummah tetap berdiam, Kerana dunia telah menipu.. Kerana nafsu telah menguasai KUFFAR berperang untuk HIDUP, PEJUANG berperang untuk SYAHID! Sabarlah wahai saudaraku.. Sabar dalam solat dan doamu, Sabarmu dalam so...

Ketenangan...

Image
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Carilah ketenangan itu, Lewat kalimah Tuhanmu, makna di sebalik makna, Moga bertambah iman di dada... Carilah ketenangan itu, Dalam senyum sahabatmu, Wajah riang pengubat duka, Moga tautan tambah tega... Carilah ketenangan itu, Pada wajah suci orang tuamu, Lelah cinta kasih mereka, Buat bekalanmu menempuh hari muka.. Carilah ketenangan itu, Antara garis lekuk tapak tanganmu, Ketika kau tadah ke angkasa, Mengadu duka pada Yang Esa... Carilah ketenangan itu, Ketika waktu khalwatmu, Tika kau duduk merenung dosa-dosa, Tatkala insan tidur lena... Carilah ketenangan itu, Usai alunan takbir, Usai kau tersungkur bersujud, usai kau mengucap salam Dan moga kutemui ketenangan itu, Usai kalimah syahadah, Saat tibanya Tuhan memanggilku.... Kaherah 0345