Mengubah Dan Berubah
Peristiwa 1 Aliff sedang leka menonton movie di rumah kawan baiknya Bazli sedangkan peperiksaan sudah semakin hampir. Bazli sangat risau dengan sahabatnya, dan dia mula rasa terganggu kerana movie yang ditonton itu di biliknya. Ketika itu mereka berdua sahaja dalam bilik. Orang lain pun sibuk study tak keluar-keluar dari bilik.Yela, kalau nak tonton pun tontonlah di rumah sendiri ye dak? Bazli pun nak study juga. Setelah menarik nafas seketika di pun mula mencari idea bagaimana hendak menegur Aliff , lalu dia pun membuka mulut, " Ni Aliff cuba ko berenti jap tengok movie tu dan dengar apa aku nak cakap kejap". Maka Aliff pun mem"pause"kan movie Chippendales yang ditontonnya dan matanya terkebil-kebil memandang muka Bazli. " Ko dengar sini baik-baik, ko tahu kan exam dah dekat yang ko tak study tu kenape? aku bleh respek orang yang study rajin gila babas tapi takde rezeki nak lulus, sekurang-kurangnya dia telah berusaha sedaya upaya dia..tapi kalau orang ...