Posts

Terima kasih datang jenguk saya,

Thanks for coming I'm still here, existing.. A husband to a wonderful wife Father to 4 beautiful children Became a doctor..and now on the way to become a surgeon A lot has happened since I last wrote here I hope whoever still reading this  Hope you guys are happy Chase your dreams Always be hungry And for me Just hope you guys pray for my success, health and wealth And again Thank you for coming

Selepas Setahun..

Image
Assalamualaikum            Sudah lebih setahun tidak update blog, bukan apa, idea memang tak datang, tambahan lagi dengan study dan benda-benda besar lagi yang perlu difikir.. update blog telah jatuh di nombor yang paling bawah dalam senarai yang perlu dibuat. Tapi apa-apa pun setiap orang mestilah bermula somewhere kan.          Buat masa sekarang, kepada yang membaca blog yang tidak seberapa ini, terima kasih kerana sudi singgah dan saya harap agar kamu semua dapat mendoakan urusan saya dipermudahkan Allah Taala. Ada banyak yang hendak dikongsi tetapi tidak ada idea bagaimana mahu diluahkan dalam bentuk tulisan. InsyaAllah dalam masa terdekat ini saya akan kembali mengisi blog ini dengan perkara dan perkongsian dan bermanfaat untuk semua. Akhir kalam, Syukran Jazilan Wa Khairan Kathira atas kesudian kalian singgah di blog ini :)

Hati Yang Merindu

Image
Dalam rintihan malam memeluk, Air mata berlari deras di lubuk mata, Hati terkurung di sangkar dosa, Dirantai ketat oleh maksiat, Memasak roh di jurang kecewa. Biar rendah tangan kerdil menggapai, Tadahlah seluasnya ke muka langit, Biar awan tangisi luka, Biar hujan mencuci nista, Biar angin merintih hiba. Hati yang telah lesu dan mati, Kekeringan dan kekontangan, Merindui datangnya angin perjuangan, Meniup awan-awan kebenaran, Menghujani jiwa dengan hakikat ketaqwaan.  Cairo 6 Jan 2010, 2359.  p/s: Exam End Round ENT 12 Januari..Jom Study~  

Terus Berlari

Image
Hari berganti hari, Terasa letih berlari, Mengejar impian dan mimpi, Yang terpahat di sanubari. Terkadang tak dapat daku membeza, Antara nafsu dan cita, Lalu sesat hilang punca, Tak tahu arah, tak tahu hala. Lalu aku kecundang, Tersungkur ke dalam lubang, Semangat makin berkurang, Makin jauh, makin menghilang. Tapi tetap Kau menghulur tangan, Menyambut aku, erat pegangan, Tak mahu terus kehilangan, Menyelamatkan seorang insan. Lalu aku berdiri dan terus berlari lagi, Berlari bersama Kau di sisi, Mengejar cita dan mimpi, Dan kini..aku tidak keseorangan lagi... Kerana Kau sentiasa di sini.. Tersemat di dalam hati.. Cairo

Kisah Pemandu Teksi

Image
               Sebuah teksi meluncur di atas jalanraya, menuju ke Carrefour Maadi. Jalanraya tidaklah sesibuk selalu, mungkin kerana waktu itu baru pukul satu tengahari, belum sampai waktu bersesak-sesak di atas jalanraya bagi penduduk Mesir. 4 manusia sedang duduk memerhati persekitaran dari tingkap teksi, sambil wajah diterpa angin bagi menyejukkan badan yang kepanasan dan kelaparan di bulan Ramadhan ini. "Kamu semua pergi ke Carrefour mahu beli barang, kemudian mahu berbuka puasa di sana?" tanya pemandu teksi. Seorang belia arab sekitar akhir dua puluhan, berambut kerinting dan badan yang sedang-sedang sahaja. " Ya, ada barang yang mahu dibeli, dan kemudian mahu berbuka puasa di sana. Kamu pula berbuka puasa di mana?" Jawab Najmi, yang duduk disebelah memandu, sekadar mahu mengembangkan perbualan. "Oh, aku sebenarnya tidak puasa pada hari ini. Haha" selorohnya sambil menuding ke arah botol air sabil yang terletak di sisi kakinya. Dua lagi penumpang

انما انت انا

Image
Khas buat ikhwanku, Yang menyeka air mata kala kesedihanku, Yang senyum ketawa kala kegembiraanku, انما انت انا لكنما .......وضعت ارواحنا في جسدين انتي مني عضدي بل ربما ....في مقام الراس مني واليدين هكذا في الله حب يلتقي....شملنا الموصول عبر المهجتين انت مراّتي فهل اكسرها......افقد الوجه اذن والمقلتين وكلانا في سؤال دائما...عن اخيه كيف القاه واين لا اطيق الصبر عنه ان بدا.....معرضا عني فهل للبين بين    Sesungguhnya engkau ini adalah aku tetapi, roh kita diletakkan dalam dua jasad Engkau umpama anggota jasadku, bahkan boleh jadi berada pada maqam kepala ku atau kedua tangan, Beginilah kasih kerana Allah bila bertemu, kita menyempurnakan sendi merentasi dua kerat, Engkau adalah cerminanku, apakah akan ku pecah-pecahkan? akan hilanglah wajahku dan dua mata, Kita berdua sentiasa dalam persoalan berkenaan saudaranya, bagaimana mula berjumpa dengannya dan di mana Tak mampu aku hidup tanpanya, ia adalah gambaran diriku, adakah bagi yang telah jelas perlukan lag

If This Is Goodbye

Image
  Dedicated to a friend~ There is not a day goes by, Without me thinking of you, Things I did to you, Things that happened to us.  A promise broken, A dream let down, A future disillusioned, A heart disappointed. Do not cry for me my friend, For your tears are precious, For I am not worth your tears, For your tears are only for God. So if this is goodbye, Let me say this, This soul of mine will never be the same without you around, For a piece of it has been taken, And not returned, Nor that I want it to be returned, Forever it will remain a gap unfilled, Yearning to be completed. And if we meet again someday, Somehow, somewhere, May we be like two strangers, A withered love started anew... -Cairo-